Buletin

PROGRAM BAHAN API B20. BANTU STABILKAN HARGA SAWIT. BERMULA DI LANGKAWI & LABUAN DAHULU

Kerajaan hari ini melancarkan program bahan api B20 (20 peratus metil ester sawit, 80 peratus diesel petroleum) untuk sektor pengangkutan secara berperingkat-peringkat.

Program yang bermula di Langkawi dan Labuan pada Januari lalu akan dikembangkan ke Sarawak (April), Sabah (Ogos 2020) serta Semenanjung Malaysia menjelang Jun 2021.

“Pelaksanaan program B20 dalam sektor pengangkutan akan dapat menyokong permintaan minyak sawit dan menstabilkan harganya,” kata Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah.

Sebelum ini, keraja telah melaksanakan program B10 (10 peratus metil ester sawit, 90 peratus diesel petroleum) dalam sektor yang sama pada 1 Februari 2019. Manakala program B7 (7 peratus diesel sawit, 93 peratus diesel petroleum) ke dalam sektor industri pula dilaksanakan pada 1 Julai 2019.

Dengan kerjasama syarikat petroleum seperti PETRONAS, Shell, Petron, Chevron dan BHP, bahan api B20 akan ditawarkan secara berperingkat ke lebih 3,400 stesen minyak seluruh negara.

Biarpun begitu, pengguna masih boleh mendapatkan bahan Euro5 B7 yang masih dijual di stesen minyak terpilih. Stesen petrol di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Genting Highlands dan Kundasang akan terus menawarkan bahan api B7.

Pelaksanaan program B20 akan menggalakkan penggunakan minyak sawit tempatan dengan peningkatan sebanyak 534,000 tan setahun. Ia juga membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 3.8 tan setiap tahun.

Google ads
Back to top button