Buletin

PUSAT SERVIS PELBAGAI JENAMA SIME DARBY AUTO SELECTION KINI DIBUKA DI GLENMARIE

Sime Darby Auto Selection sudah membuka pusat servis untuk pelbagai jenis jenama kenderaan di Glenmarie, Shah Alam.

Pembukaan itu adalah sebahagian daripada strategi syarikat untuk menawarkan perkhidmaatn selepas jualan alternatif pada harga kompetitif berbanding bengkel-bengkel bebas bagi kenderaan yang sudah tamat tempoh jaminannya. Jadi, pelanggan boleh menikmati kualiti servis yang sama seperti pusat servis sah.  

Menggunakan peralatan tercanggih, pusat servis Sime Darby Auto Selection mampu memenuhi apa jua keperluan pelanggan. Terima kasih kepada juruteknik berpengalaman dan terlatih, servis yang diberikan adalah cukup berkualiti.

“Pelanggan kini lebih bijak dan tahu perubahan trend di pasaran. Dengan adanya pusat servis ini, kami harap dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk datang ke sini,” kata Pengarah Urusan, Jualan & Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan.

Selain servis asas seperti menukar minyak enjin, penjajaran tayar, penyelenggaraan sistem pendingin hawa dan nyah jangkitan, kemudahan itu turut menawarkan perkhikdmatan pembaikan, pemeriksaan dan cuci kereta.

Berkeluasan 4,117 kaki persegi, ia menempatkan enam ruang servis, sebuah lounge dengan WiFi, minuman dan makanan ringan percuma. Mereka yang tidak berkesempatan menghantar kereta boleh meminta servis ambil dan pulang.

Terletak di Lot 33, Temasya Industrial Park, Glenmarie Shah Alam, pusat servis Sime Darby Auto Selection beroperasi dari 9am hingga 5pm, Isnin-Jumaat dan 9am hingga to 12.30pm pada Sabtu.

Untuk tempahan, pelanggan hanya perlu mengisi butiran peribadi di www.simedarbyautoselection.com.my dan penasihat servis akan menghubungi mereka. Maklumat lanjut, sila hubungi talian: 03-4065 2502

GALERI

Google ads
Back to top button