Buletin

PUSAT SERVIS SIME DARBY AUTO SELECTION KINI DIKUASAKAN OLEH BOSCH

Sime Darby Auto Selection (SDAS), pengedar kereta terpakai pelbagai jenama di bawah Sime Darby Motors telah bekerjasama dengan Bosch untuk menawarkan perkhidmatan rundingan pakar, pembaikan dan penyelenggaraan terbaik kepada pelanggan.

Ia dilaksanakan dengan menggabungkan tenaga kerja profesional bersama kemudahan bengkel bertaraf dunia.   

Pusat servis yang dikuasakan oleh Bosch itu dilihat boleh memenuhi permintaan aftermarket yang kian meningkat di Malaysia. Terutama daripada pelanggan yang mahukan kualiti penyelenggaraan premium.

“Kerjasama dengan Bosch akan memastikan bengkel kami dapat menawarkan diagnostik dan pembaikan terbaik. Selain alat ganti dan aksesori tulen yang sesuai untuk pelbagai jenama kenderaan yang diservis,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Selection, Vi Thim Juan.

Walaupun menggunakan sistem serta komponen Bosch, kos pembaikan tetap ditawarkan pada harga yang kompetitif.

SDAS menyediakan perkhidmatan selepas jualan kepada pemilik kenderaan yang tempoh jaminannya sudah tamat. Kemudahan itu menjanjikan kualiti yang sama seperti pusat servis sah.

Selain penyelenggaraan, SDAS juga menyediakan perkhidmatan pembersihan dan pemeriksaan kenderaan.

Terletak di Temasya Industrial Park, Glenmarie, Shah Alam, ia dibuka dari jam 9.00am hingga 5.00pm, Isnin hingga Jumaat dan 9.00am hingga 12.30pm pada Sabtu.

Untuk menempah slot servis, pelanggan perlu mengisi maklumat peribadi di www.simedarbyautoselection.com.my. Maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-4065 2502

Google ads
Back to top button