Buletin

PUSAT SERVIS TOYOTA KINI MULA BEROPERASI DI SG PENCAHALA, KL

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar kenderaan Toyota di Malaysia mengumumkan pembukaan rasmi sebuah pusat Toyota 2S yang dinaik taraf di Sg Penchala, Kuala Lumpur.

Pusat baru yang dikendalikan oleh Crestmax Auto (Services) Sdn Bhd (Crestmax Auto) menawarkan pelbagai perkhidmatan selepas jualan termasuk perkhidmatan dan alat ganti.

Outlet 2S dengan keluasan 2100 kaki persegi telah mula beroperasi pada awal tahun 2018 dengan lapan ruang perkhidmatan pembaikan.

Semasa menunggu kenderaan Toyota mereka diservis, pelanggan boleh berehat di ruang istirahat yang mempunyai kemudahan seperti minuman dan perkhidmatan wifi percuma.

Pusat ini mempunyai kedai jualan mereka di Taman Tun Dr. Ismail, memberikan kemudahan kepada pelanggan di sekitar kawasan seperti Damansara Perdana, Taman Tun Dr. Ismail, Kota Damansara dan Bandar Utama.

Pusat Crestmax Auto 2S terletak di PT 8541 Jalan Sg. Penchala, Mukim of Batu, 60000 Kuala Lumpur. Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-7731 7292 (Telefon), 03-7733 4135 (Fax).

 

Maklumat mengenai kenderaan Toyota dan lokasi cawangan boleh didapati di www.toyota.com.my.

 

Google ads
"
"
Back to top button