Motosikal

PUTERA WILLIAM LAWAT KILANG TRIUMPH MOTORCYCLES – NAIK TRIUMPH TIGER 1200

Pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera William dilapor melawat kilang pembuat motosikal terkenal Britain, Triumph Motorcycles di Hinckley.

Duke of Cambridge itu melawat kemudahan mengecat bernilai £6 juta (RM32 juta) dengan menaiki sebuah motor adventure, Tiger 1200. Kemudahan mengecat itu merupakan satu pelaburan utama oleh Triumph dan dijangka memulakan operasi pada musim bunga tahun ini.

Putera William turut mengambil peluang merasai Pengalaman Pengunjung Kilang Triumph (FVE) yang baru-baru ini dibuka kepada orang ramai.

Beliau kemudian melancarkan sebuah tangki minyak dengan bendera Union Jacak yang dilukis menggunakan tangan sebagai tanda lawatan dan pembukaan FVE.

Triumph mempunyai 900 kakitangan di UK dan kilang di Thailand yang menghasilkan sekitar 67,000 buah motosikal setahun.

“Kami berbesar hati dengan lawatan Putera William ke Hinckley. Terima kasih atas dedikasi dan kerja keras semua orang di Triumph, perniagaan eksport kami terus berkembang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Triumph, Nick Bloor.

Bloor turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada pasukan reka bentuk yang berjaya menghasilkan rangkaian motosikal menarik dan diterima baik di seluruh dunia.

Sewaktu lawatan itu, Putera William melekatkan lencana Triumph pada sebuah enjin Tiger 1200 yang merupakan antara model terkini Triumph.

Google ads
Back to top button