Motosikal

MOXIAO ‘KLON’ PANIGALE V4 DAN STREETFIGHTER V4

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila pengeluar China menciplak model motosikal terkemuka dunia.

Terbaharu, syarikat Moxiao ‘melahirkan’ dua jentera terbaharu persis Ducati Panigale V4 dan Streetfighter V4.

Model MX650 yang boleh dikatakan hampir sama dengan jentera Panigale V4 didatangkan dengan enjin dua silinder 650cc yang mampu menjana kuasa 60 hp pada kelajuan maksimum 119 km/j.

Jika bukan penggemar sportbike, terdapat satu lagi model MX500 yang merupakan klon Streetfighter.

Ia mendapat khidmat enjin dua silinder 471cc yang mampu menjana kuasa 44 hp pada kelajuan 119 km/j.

Selain itu, kedua-dua jentera juga dilengkapi dengan ‘klon’ suspensi Onlins, kaliper Brembo dan brek cakera berkembar serta swingarm.

Jika tidak diperhati dengan teliti, sudah tentu akan tersilap bahawa jentera berkenaan merupakan yang asli.

Sebelum ini, Moxiao mengeluarkan model 500RR yang tidak ubah seperti Ducati Panigale 959 dengan harga jualan bermula 35,000 yuan (RM22,190). – visordown/rideapart 

Google ads
Back to top button