Artikel Pilihan

RAIKAN ULANG TAHUN KE 100 MAZDA DENGAN MODEL-MODEL HEBAT MAZDA 2020

Mazda baharu sahaja meraikan harijadi ke 100 penubuhannya pada 30 Januari 2020. Menurut Akira Marumoto yang mewakili Pengarah, Presiden dan CEO Mazda dalam ucapannya menyatakan yang Mazda sebelum ini bermula sebagai sebuah syarikat yang menghasilkan penutup gabus sebelum mengorak langkah menceburi bidang pembuatan automotif.

Kini mereka mempunyai rangkaian sahabat, pelanggan, pengedar, pembekal dan rakan niaga dari lebih 130 negara di dunia. Mazda turut merakamkan penghargaan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung selama 10o tahun operasi dan berhasrat untuk meneruskan usaha cemerlang ini sehingga ke 100 tahun akan datang. Mazda turut berjanji untuk terus menghasilkan produk yang unik dengan teknologi yang sentiasa diingini oleh pelanggan mereka.

Selaras dengan sambutan penuh bermakna ini, Bermaz Motor selaku pengedar rasmi Mazda di Malaysia dengan bangganya memperkenalkan beberapa model untuk tahun 2020 dengan pelbagai ciri dan keistimewaan yang dinaiktaraf. Antara model yang dimaksudkan ialah Mazda2, Mazda CX-9 dan model roadster ikonik mereka, MX-5 RF. Ketiga-tiga model ini kini dibuka untuk tempahan.

Mazda MX-5 RF – Roaster Paling Ikonik

Kebolehan untuk kekal ringan dengan pelbagai ciri tambahan bukannya satu tugas yang mudah. Mazda bagaimanapun mempunyai formula untuk menghasilkan MX-5, sebuah roadster ikonik yang telah dijual  lebih dari sejuta unit di seluruh dunia dan juga merupakan pemegang rekod Guiness untuk kategori roadster 2-pintu terlaris di dunia.

Selama 30 tahun model ini berevolusi bagi memenuhi permintaan pelanggan dan kini ia menjelma lagi dengan pelbagai ciri tambahan tetapi masih mengekalkan sifat asalnya iaitu: ringan, lincah dan paling penting sekali, keseronokan pemanduan.

Roadster anggun ini kini ditambah baik dengan beberapa ciri baharu seperti Apple CarPlay dan Android Auto yang boleh diakses menerusi sistem paparan infotainment Mazda Connect. Terdapat juga ciri pemasangan ISOFIX pada tempat duduk penumpang hadapan dengan fungsi aibag cut-off untuk keselamatan sewaktu membawa kanak-kanak kecil.

Jika anda berminat ia kini boleh ditempah dengan harga bermula RM266,154 dan merupakan model CBU yang memang diminati ramai.

Mazda2 – Kompak Premium yang Mampu Membuatkan Anda Tersenyum Setiap hari

Mazda CX30

Walaupun Mazda2 dikira model pengenalan untuk sebelum mengenali model-model Mazda seterusnya namun dihasilkan secara teliti dan diberikan sentuhan istimewa yang menjadikannya lebih premium.

Ia bukan hanya anggun dilihat dari luaran tetapi juga menerima beberapa proses naiktaraf yang menjadikannya lebih dinamik tapi pada masa yang sama selesa dan meyakinkan.

Dilihat dari segi luaran,Mazda2 2020 ini juga berkongsi beberapa komponen dengan model yang lebih baharu contohnya Mazda3 dan CX-30. Ia kini turut dilengkapi dengan lampu nyalaan siang LED dan sport rim khas yang menjadikannya lebih menyerlah.

Sama seperti MX-5 RF, ia turut mempunyai sambungan Apple Carplay dan Android yang boleh diakses dengan MAZDA CONNECT. Ciri dan perisian lain juga boleh diakses tanpa sebarang masalah.

Mazda2 2020 dengan enjin Skyactive-G 1.5L dan digabungkan dengan kotak gear SKYACTIV-DRIVE automatik 6-kelajuan ini merupakan unit CBU Thailand dan boleh didapati dengan harga RM103,670 dan boleh mula ditempah sekarang.

Mazda CX-9 2020 – Model Flagship Premium 7-Tempat Duduk

Model paling premium Mazda ini diberi beberapa solekan untuk menyerlahkan lagi kemewahan yang ada padanya tapi yang paling menonjol sekali tentulah sport rim aluminium standard yang bersaiz 20-inci itu.

Ia mempunyai semua ciri yang disebutkan pada model yang lebih bawah dan dipasarkan dengan harga RM319,610.40.

Waranti

Semua model Mazda yang didaftarkan seawal 1 Januari 2019 ditawarkan dengan Jaminan Pengeluar selama 5-Tahun dan 5-Tahun penyelenggaraan  percuma (kecuali Mazda BT-50). Untung betul dan tak payah sakit kepala nak fikir benda-benda lain seperti kos servis dan sebagainya.

Tags
Google ads
Back to top button