Buletin

WARGA EMAS MENINGGAL DUNIA ATAS MOTOR. PENAT CARI REZEKI JUAL AISKRIM

Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di atas motosikalnya ketika sedang mencari rezeki menjual aiskrim.

Kisah yang meruntun hati itu dikongsi oleh pengguna Facebook di Indonesia, Eris Riwandi. Eris memuat naik beberapa keping gambar yang menyaksikan seorang lelaki duduk kaku di atas sebuah motosikal.  

Penjual aiskrim itu ditemui oleh orang awam kerana berada di tengah jalan dan tidak mengalihkan motosikalnya ke tepi sedangkan dia langsung tidak bergerak.

Kejadian tersebut didakwa berlaku di  Dusun Talunongko, Probolinggo, Indonesia. Menurut laporan media tempatan Indonesia, lelaki berusia 66 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan atau menjadi mangsa jenayah seperti rompak.

Selepas disiasat, ahli keluarganya memberitahu arwah ada mengadu pening kepala dan sesak nafas beberapa hari lalu. Mungkin kerana usianya yang sudah lanjut, tetapi masih kuat bekerja demi mencari sesuap nasi untuk keluarga.

Kisah ini boleh menjadi tauladan kepada kita semua. Carilah rezeki yang halal hingga ke hujung nyawa.

Google ads
Back to top button