Buletin

REMAJA 14 TAHUN CABAR DAN SIAR LIVE DI TIKTOK KETIKA DIKEJAR POLIS

Seorang remaja, berusia 14 tahun, ditahan oleh pihak polis gara-gara melakukan provokasi di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE). Lebih mengejutkan, remaja berkenaan menyiarkannya menerusi Live TikTok.

Dua video telah tular di media sosial mengenai kejadian itu, satu didakwa dirakam oleh remaja itu dan satu lagi oleh polis.

“Seorang mat rempit dikenali ‘adam kilat’ mengeluarkan kata-kata kurang enak dan mencabar polis untuk menangkap dirinya di Lebuhraya BKE menerusi TikTok secara ‘live’.  Adegan kejar-mengejar berlaku dan akhirnya suspek tewas ditahan malam tadi.” Tulis kapsyen video tersebut di Twitter.

Semasa aksi kejar-mengejar berlaku, pelajar tingkatan dua berkenaan cuba melarikan diri sementara rakan yang membonceng membuat rakaman siaran langsung TikTok dan mencabar pihak berkuasa untuk menangkapnya jika boleh.

Sejurus dicekup, anggota polis ambil alih sesi siaran langsung sambil menyoal siasat kedua-dua suspek.

Suspek yang dilihat tidak bergari dan mencangkung dalam video kedua turut kedengaran meminta izin kepada anggota polis untuk menenangkan diri.

Ketika disoal siasat, rakan kepada Adam Kilat secara tiba-tiba pula menyatakan dia mahu terkencing.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa serta menyatakan bahawa ia pengajaran berguna untuk semua orang.

“Kesian adik ni. Umur muda lagi. Tak boleh fikir panjang. Apapun jadikan pengajaran ya dik. Kerana mulut badan binasa,” komen seorang pengguna Twitter.

“Orang bodoh saja lawan polis tapi bila duk berdepan face to face teruih jadi manja,”

Komen lain, “Kesian menyusah dan memalukan mak bapak jugak datang nanti untuk claim anak anak mereka yang tak cerdik ni.” – New Straits Times

Google ads
Back to top button