
CHERY RASMI BUKA PUSAT 3S BAHARU DI BANDAR BUKIT PUCHONG
Chery Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan bilik pameran dan pusat perkhidmatan baharu di Selangor, dimiliki serta dikendalikan oleh rakan kongsi peniaga Lesydear Automobile Sdn Bhd.
Terletak di No 2 Jalan BP 4, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor, pusat 3S baharu meliputi 1,400 meter persegi, menyediakan pelanggan dengan pengalaman komprehensif.

Selain itu, pelanggan boleh melihat barisan penuh kenderaan Chery di bilik pameran, dan merasai pengalaman ruang istirahat pelanggan, pusat perkhidmatan serta bengkel.
Cawangan di Bandar Bukit Puchong mempunyai pusat servis serba lengkap dengan 12 perkhidmatan, di mana semuanya dikendalikan oleh juruteknik Chery yang terlatih.

Bilik pameran dibuka setiap hari – dari 9 pagi hingga 8 malam (Isnin – Sabtu) dan dari 10 pagi hingga 6 petang (Ahad).
Manakala, pusat perkhidmatan dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang (Isnin – Sabtu).
Untuk maklumat mengenai Chery Malaysia, sila layari www.chery.my.
- BACA: RAM FAIL PATEN BAHARU UNTUK TRAK PIKAP – TAMBAH BARISAN TEMPAT DUDUK KETIGA BOLEH LIPAT
- BACA: HONDA YE S7 DIPERKENALKAN DI CHINA – BAKAL LANCAR HUJUNG TAHUN INI
- BACA: MERCEDES-BENZ BANGUNKAN KILANG PEMPROSESAN BATERI YANG BAHARU
- BACA: HANYA SATU DARIPADA TUJUH PENGELUAR EV CHINA MAMPU CATAT KEUNTUNGAN MENJELANG 2030 – PENGANALISIS









