RAMAI ORANG SILAP FAHAM DENGAN KERETA HIBRID!!
Sebut sahaja pasal hibrid, akan timbul beberapa isu salah faham dari pembaca dan penonton Mekanika terutama dalam perkembangan teknologi hibrid mutakhir. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi hibrid merujuk kepada gabungan kuasa dalam satu kenderaan
Bagi kenderaan biasa, ia merujuk kepada keupyaan kereta untuk memacu roda dengan menggunakan 2 punca kuasa iaitu samaada enjin ataupun motor elektrik. Jadi setiap kali anda melihat perkataan hibrid, maka kereta tersebut akan menggunakan gabungan enjin dan motor elektrik.
Walaupun telah banyak pengeluar menghasilkan dan menjual kereta elektrik semenjak tahun 2004, tetapi kebanyakan pemandu dan pengguna masih lagi ada tanggapan serong dan salah faham berkenaan dengan kereta hibrid yang dijual. Antaranya ialah:
1. Semua teknologi hibrid adalah sama -kebanyakan pengguna dan pemandu beranggapan bahawa kereta hibrid adalah sama, dan teknologi hibrid yang ada pada hari ini adalah sama seperti 20 tahun yang lepas. 20 tahun lepas, fungsi enjin adalah menggerakkan kereta dan motor elektrik membantu dalam proses pecutan (integrated Motor Assist i-MA)
Namun hampir semua kereta hibrid pada hari ini menggunakan motor elektrik sebagai komponen utama untuk bergerak, dengan enjin berfungsi sebagai pengecas bateri hibrid sahaja. Enjin mungkin akan digunakan ketika kereta bergerak pada kelajuan tinggi sahaja atau ketika kuasa maksimum diperlukan
2. Kereta hibrid adalah membosankan – penyataan ini adalah benar untuk 20 tahun lepas dengan rekaan kereta hibrid mengoptimumkan rekaan aerodinamik yang membosankan, rim aerodinamik yang menggunakan rim kompang dan rekaan kereta hanya terhad pada kereta kompak sahaja.
Tetapi pada hari ini rekaan kereta hibrid adalah sama seperti kereta petrol biasa, dengan rekaan yang lebih sporti dan bergaya, menggunakan rim yang lebih menonjol serta kemasan yang lebih menyerlahkan sifat garang.
Malah rekaan kereta hybrid juga telah berkembang menjadi rekaan yang lebih luas meliputi SUV, kereta sedan, kereta hatchback, kereta sport dan MPV
3. Kereta hibrid adalah lemau – 20 tahun lepas kereta hibrid menggunakan enjin Atkinson bertindak memacu roda kenderaan, dengan enjin ini direka untuk penjimatan bahan api maksima. Disebabkan isu ini, enjin Atkinso tidak menghasilkan kuasa dan tork yang kuat.
Kelemahan ini ditutup oleh motor elektrik yang menghasilkan tork segera pada trenkuasa dengan motor elektrik “ditanam” antara enjin dan juga transmisi. Motor elektrik pula mendapat kuasa daripada bateri hibrid yang kecil pada ketika itu, menjadikan bantuan kuasa ketika mendaki atau memotong kenderaan lain adalah terhad.
Apabila bateri sudah habis digunakan, kereta hibrid terpaksa bergantung sepenuhnya pada enjin Atkinson dan pada ketika inilah anda akan terasa kereta hibrid adalah lemau. Namun pada hari ini kereta hibrid menggunakan motor elektrik yang lebih berkuasa yang bertindak menggerakkan kenderaan dengan tork yang lebih besar
Enjin pula hanya bertindak sebagai pengecaj sahaja dan akan bergabung dengan motor elektrik dalam pada halaju tinggi atau kuasa maksima diperlukan sahaja. Malah kereta hibrid juga menggunakan bateri yang lebih kecil, lebih kompak tetapi dengan kandungan tenaga yang lebih besar.
Kuasa yang dihasilkan oleh motor elektrik moden adalah lebih besar, menjana tork tinggi pada 0 RPM dan mampu melakukan pecutan yang jauh lebih pantas berbanding dengan enjin turbo.
4. Kereta hibrid hanya mengecaj dengan brek regeneratif sahaja – jika kereta hibrid mengecaj bateri hibrid dengan kaedah membrek sahaja maka ia akan dikenali dengan nama Parallel Hibrid. Kereta hibrid jenis ini tidak boleh mengecas bateri dengan kaedah lain dan tidak boleh dipandu dengan motor elektrik sahaja. Maotor elektrik bertindak sebagai motor penghidup bagi operasi start/stop dan ketika pecutan sahaja
Kereta hibrid moden menggunakan sistem Series Hybrid dengan tiada langsung sambungan mekanikal antara roda dan enjin dan tugas enjin adalah semata-mata mengecaj bateri hibrid sahaja. Sekiranya bateri sudah penuh, enjin boleh dimatikan dan kereta akan bergerak dengan motor elektrik sahaja sepenuhnya.
Hampir semua kereta hibrid moden menggunakan rekaan yang menggabungkan Parallel Hybrid dan Series Hybrid. Jadi bateri hibrid boleh boleh dicaj dengan kaedah brek regeneratif dan juga dengan menggunakan enjin.
Hibrid moden juga menggunakan komponen tambahan seperti Power Split Device atau sistem klac khas bagi menyambungkan enjin dan juga roda ketika pada halaju tinggi.
5. Sistem hibrid hanya ada satu motor elektrik sahaja – sekali lagi kemajuan teknologi kereta hibrid telah lama berkembang maju, dengan dulu hanya satu motor elektrik kecil yang bertindak motor penghidup, bertindak sebagai generator dan motor penggerak bagi membantu pecutan kenderaan.
Bagi kereta hibrid moden, ia akan menggunakan 2 motor elektrik untuk 2 tujuan yang berbeza. 1 motor dikenali dengan nama Traction Motor bertindak menggerakkan kenderaan. Satu lagi motor elektrik digunakan sebagai motor penghidup dan juga generator ketika proses brek regeneratif.
6. Tidak kenal dengan sistem hibrid yang ada – bagi kebanyakan pemandu, semua sistem adalah hampir sama antara satu sama lain. Di dalam pasaran terdapat beberapa kategori lain seperti
a. Micro Hybrid – menggunakan bateri 12 volt sahaja sebagai bateri hibrid dengan motor penghidup membantu proses pecutan selama 1-2 saat sahaja dengan kuasa maksimum sehingga 50Nm tork. Contoh yang terbaik ialah Nissan Serena S-Hybrid
b. Mild Hybrid – menggunakan bateri lithium ion yang kecil, mungkin dipek dalam saiz kotak kasut dengan menerima caj semasa proses brek regeneratif. Kuasa bateri ini akan digunakan untuk memberi kuasa kepada sistem elektrik 48 Volt, membekalkan semua kuasa elektrik dan membolehkan enjin ditutup selama 10-20 saat dalam pemanduan santai atau ketika kereta dalam proses brek regeneratif
c. Full Hybrid – atau Hybrid penuh seperti yang digunakan oleh model kontemporari Honda City e:HEV, Civic e:HEV, CR-V e:HEV, Toyota Corolla Cross Hybrid dan Innova Hybrid.
d. Plug-in hybrid – diberikan bateri yang lebih besar yang boleh dicaj dengan menggunakan sistem pengecasan kereta elektrik, boleh dicaj dengan brek regeneratif atau dicaj dengan menggnakan enjin, serta boleh dipandu dengan lebih jauh dengan menggunakan mod elektrik sehingga 100km,