
ENJIN JAGUAR LAND ROVER BERNILAI RM16.6 JUTA DICURI DALAM MASA ENAM MINIT DI UK
Sepasukan penyamun profesional dikatakan telah berjaya mencuri enjin-enjin daripada sebuah kilang Jaguar Land Rover di UK.
Kerugian dianggarkan mencecah AS$3.75 (RM16.6 juta). Mereka dilihat cukup profesional kerana perbuatan itu dilakukan tanpa sebarang kesan pecah masuk. Sebaliknya melepasi pondok dan puluhan kamera keselamatan dengan selamba.
Memetik laporan Birmingham Mail, pencuri memasuki ke dalam kilang menggunakan sebuah trak curi, sebelum melepasi kawalan keselamatan. Mereka kemudian menarik satu trailer yang penuh dengan enjin menggunakan trak sama dan berlalu pergi.
BACA: JAGUAR F-PACE – BERMULA RM598,800 SEUNIT
Lebih menarik lagi, selepas berjaya mencuri trailer pertama dalam masa hanya enam minit, mereka kembali untuk mencuri trailer kedua pada waktu malamnya. Memang pro betul kerana mereka boleh keluar masuk tanpa sebarang masalah.
Siasatan polis mendedahkan bahawa jenayah terancang itu didalangi oleh orang dalam. Ini kerana pemandu trak didakwa mempunyai dokumen sah untuk keluar dan masuk ke dalam kilang.
BACA: RANGE ROVER EVOQUE ORI VS EVOQUE CHINA – SURATAN ATAU KEBETULAN?
Satu lagi perkara yang menguatkan teori itu ialah pencuri sudah tahu trailer mana mengandungi enjin dan bukannya benda lain. Trailer itu bagaimanapun sudah ditemui, tetapi mestilah semua enjin dah lesap.
Untuk mendapatkan kembali enjin-enjin tersebut, Jaguar telah menawarkan ‘ganjaran besar’ kepada mereka yang tampil memberi maklumat.