Artikel PilihanBuletin

RANGE ROVER HANYA MEMBUAT SUV? MUNGKIN KAH INI RUPA RANGE ROVER SEDAN?

Sejak 70 tahun yang lalu, Range Rover masih kekal dengan tradisi perniagaan mereka – membuat kenderaan 4 X 4/SUV kepada pasaran. Mereka kekal dengan perniagaan ini dari dimiliki British Leyland, berpindah kepada Ford Motor dan dibeli pula oleh Tata Motors pada 2008.

Sama konsepnya seperti Ferrari yang yang membuat kereta sport dan sedan empat pintu dibuat Maserati. Range Rover juga hanya membina SUV sementara kereta sedan mewah mereka dibuat oleh Jaguar – mereka dalam kumpulan syarikat yang sama.

Tapi bagaimana rupanya kalau Range Rover membuat sedan?

Pelukis dari Brazil Kleber Silva membayangkan Range Rover sedan yang dihasilkan menerusi platform Jaguar XE. Beliau menggunakan ilham panel hadapan Range Rover Velar untuk menghasilkan Range Rover Velar sedan.

Ia dipadankan dengan lampu LED penuh dengan DRL sementara bahagian belakangnya digandingkan dengan lampu belakang yang nipis. Proposisi rekaan bahagian tepi dan penggunaan roda besar memang nampak elok dan sesuai.

Apa kata anda?

 

 

Google ads
Back to top button