Artikel PilihanBuletin

ZAMAN EMAS 80-AN – INI IALAH FILEM KEJAR MENGEJAR TERBAIK YANG PERNAH DIHASILKAN

Maaf kalau selera kami di mekanika ni banyak tentang 80-an dan 90-an sebab kebanyakan kami adalah warga emas. Generasi baru yang menonton Fast & Furious mungkin tak pernah tengok atau dengar pun tentang filem-filem ini.

Ini adalah senarai filem yang dikompilasikan oleh donut media. Mereka ambil contoh filem dari era 80-an yang menampilkan banyak aksi sebenar. Kalau kau rasa menarik, sila kongsikan bersama dan sesetengah filem yang disenaraikan ini boleh diperolehi dalam talian. Sila torrent je lah.

ZAMAN EMAS

Era 1960 an dan 70-an merupakan detik perkembangan filem berdasarkan aksi lasak kereta kejar mengejar, letup-letup dan walaupun tanpa bantuan teknik CGI, filem-filem ini nampak masih boleh diterima, walau bagi standard hari ini.

BACA: FILEM TERBAIK MESTI TONTON TAHUN INI

Dilem seperti Bullit dan French Connection contohnya dianggap aksi kejar mengejar yang terbaik sepanjang zaman. Filem yang disenaraikan di bawah ini pun tak kurang hebatnya. Ada yang Abang Japar tak pernah dengar dan terlupa. Tapi yang pastinya, ketika kau sedang membaca artikel ini, Abang Japar sedang gigih mencari filem yang disenaraikan.

Blue Brothers – Kisah kejar-mengejar kereta polis yang entah berapa puluh buah kereta jahanam. Filem ini diarahkan oleh William Friedkin yang juga merupakan pengarah French Connection.

Kemudian ada filem To Live and Die in L.A. Kisah kejar-mengejar di laluan arah bertentangan yang pertama kali dipaparkan.

Mad Max: kejar mengejar trak yang tak kurang menariknya. Ingat, ini teknologi 80-an tau.

Nah, tengok versi senarai penuh di bawah

 

Google ads
Back to top button