Buletin

REBAT TUNAI, BAYARAN BULANAN LEBIH MURAH UNTUK FIESTA & ECOSPORT

Pengedar Ford, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) kini menawarkan rebat tunai menarik sehingga RM6,000 serta bayaran bulanan lebih rendah untuk varian Fiesta dan EcoSport di seluruh negara, mulai sekarang hingga 30 April.  

EcoSport-low-instalment-mekanika1

Pelanggan yang membeli Ford Fiesta 1.5L Titanium akan menerima rebat tunai sehingga RM6,000. Sementara mereka yang memilih Ford Fiesta 1.5L Sport pula boleh menikmati rebat tunai sebanyak RM4,000.

Bayaran bulanan juga rendah iaitu hanya RM588 untuk kedua-dua varian Fiesta tersebut.

Ford-Fiesta-EcoSport-low-instalment-mekanika

Pelanggan yang membeli Ford EcoSport 1.5L Titanium akan menerima rebat tunai sehingga RM5,000, sebagai tambahan kepada bayaran bulanan sebanyak RM718.

Untuk ketenangan minda, pelanggan yang membeli mena-mana daripada tiga varian ini boleh menikmati jaminan pengilang selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. Di samping jaminan tambahan selama dua tahun atau 100,000km menerusi Program Jaminan Lanjutan SDAC tanpa kos ekstra.

EcoSport-low-instalment-mekanika2

“Gabungan tawaran rebat, bayaran bulanan rendah dan jaminan lanjutan SDAC secara percuma ini merupakan satu cara terbaik untuk mengalu-alukan kedatangan pelanggan baharu ke dalam keluarga Ford,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Maklumat lanjut mengenai tawaran ‘Sambutan 2016’ Ford, sila layari laman web www.ford.com.my/fiesta-low atau hubungi hotline Khidmat Pelanggan Ford di talian 1800 38 3181.

Google ads
Back to top button