Motosikal

BIMS 2016 – HONDA 300 TT RACER CONCEPT !

Memandangkan korang suka sangat pasal motosikal Honda, saya belanja lagi satu post mengenai barisan model konsep yang Honda pamerkan di Bangkok International Motor Show (BIMS 2016).

batch_Honda-EV-Cub-Concept-mekanika16

Di bawah kempen jenama Power of Fun Project yang dimulakan pada tahun 2014,  AP Honda Thailand mula memperkenalkan model-model motosikal yang dilengkapi pelbagai teknologi termaju dan mesra alam. Seperti yang dijangka, model-model tersebut semakin mendapat tempat di hati pengguna di Thailand.batch_Honda-300-TT-Racer-Concept-mekanika5

Pada BIMS 2016, Honda menggunakan konsep Honda Neo Xperience Store yang membayangkan teknologi motosikal masa depan. Maka, tidak hairanlah jika Honda menngetengahkan beberapa model konsep dan paling menarik pastinya Honda 300 TT Racer Concept!

batch_Honda-300-TT-Racer-Concept-mekanika3

Secara ringkasnya, Honda 300 TT Racer Concept direka untuk menjadi sebuah model Neo Retro Racer. Jentera ini menggabungkan teknologi model 300 Series dan rekaan kontemporari. Sekali pandang, Ia pasti mampu menarik minat sesiapa sahaja yang mempunyai gaya hidup moden.

batch_Honda-EV-Cub-Concept-mekanika

Selain itu, model Honda EV-Cub Concept, BB ‘Street Cub’, Super Cub Concept, Honda Grom50 Scrambler Concept One, Honda Grom50 Scrambler Concept Two dan Honda Monkey Concept turut dipamerkan.

batch_Honda-EV-Cub-Concept-mekanika5

Honda EV-Cub Concept, BB ‘Street Cub’ dan Super Cub Concept adalah tribute untuk model klasik Honda Cub 50cc. Masih mengekalkan rekaan klasik, jentera itu bagaimanapun padat dengan teknologi terbaharu.

Honda Monkey Concept pula dibina berasaskan kepada model MSX125. Tampil dengan rekaan menarik, motosikal ini menyerlah menerusi warna metalik dan garis badan berwarna kuning. Karekternya jelas menunjukkan sebuah street bike yang seronok ditunggang.

batch_Honda-Grom50-Scrambler-Concept-mekanika4

Honda Grom50 Scrambler Concept One dan Honda Grom50 Scrambler Concept Two membuktikan betapa model Grom50 ini memang cukup menarik untuk menjalani proses modifikasi.

batch_Honda-Grom50-Scrambler-Concept-mekanika

Dibawa khas dari Jepun, jentera yang mengambil konsep Neo Retro Scrambler dan Modern Scrambler itu menggabungkan aspek ringkas bersama sentuhan moden menerusi meter digital dan lampu utama LED.

Google ads
Back to top button