Buletin

POLIS TUMPASKAN SINDIKET CURI CATALYTIC CONVERTER. KERUGIAN CECAH RM51.6 JUTA

Polis di Houston, Amerika Syarikat menyerbu tujuh buah rumah dan menahan enam orang yang didakwa mencuri lebih 470 unitpenukar bermangkin (catalytic converter). Komponen tersebut dikatakan boleh dijual pada harga lebih AS$1 juta (RM4.2 juta) dan kerosakan yang dilakukan oleh sindiket kecil itu bernilai $11.6 juta (RM51.6 juta).

Polis memberitahu beberapa orang suspek yang ditangkap mengiklankan diri sebagai pembeli penukar bermangkin terpakai di media sosial. Senarai tersebut disenaraikan secara khusus termasuk kenderaan dan harga yang akan dibayar untuk setiap seunit.

Individu yang tidak terlibat dengan sindiket itu secara langsung akan menghantar di antara dua dan 10 penukar bermangkin pada satu-satu masa ke rumah individu yang didakwa terlibat dalam jenayah terancang.

Ini bermakna mereka yang ditangkap bukan sahaja terlibat dalam mencuri komponen berkenaan, malah membeli dan menjual penukar bermangkin yang dipotong kepada pembeli dari luar Texas. Polis mengaitkan bahagian yang dicuri kumpulan itu dengan kecurian yang dilakukan di bandar-bandar hampir 160km dari Houston.

Polis dan penggubal undang-undang di kawasan Houston telah membanteras kecurian penukar bermangkin itu berikutan kematian seorang timbalan sheriff ketika berhadapan dengan suspek yang cuba mencuri komponen itu dari kenderaannya.

Polis menyatakan bahawa mereka juga menemui Dodge Hellcat yang dicuri, 29 senjata api dan sepucuk pistol Glock auto sear yang boleh ditukar menjadi mesingan.

Polis Houston mengakui kes kecurian penukar bermangkin telah meningkat daripada 375 pada 2019 menjadi 7,800 kes pada 2021. Pada masa sekarang, polis Houston menerima lebih 30 laporan penukar bermangkin dicuri setiap hari.

Google ads
Back to top button