Buletin

RENAULT FULENCE DYNAMIQUE – HARGA ISTIMEWA BERMULA RM89,888

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa kempen ‘Big Deal’ Renault Fluence kini kembali.

Promosi ini sah ke atas beberapa unit terpilih varian Renault Fluence Dynamique model tahun 2017 pada harga istimewa RM89,888 (tanpa tempat duduk kulit) atau RM93,888 (dengan tempat duduk kulit).

Harga biasa Fluence Dynamique ialah RM119,888. Semua harga yang dinyatakan adalah di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia sahaja.

Kempen ‘Big Deal’ Renault Fluence sah mulai sekarang sehingga 31 Oktober 2017 atau sehingga stok masih ada. Sah ke atas unit yang didaftarkan sepanjang tempoh kempen ialah jaminan pengilang selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had.

Dengan tambahan RM3,500 anda boleh memilih pakej servis selama 5 tahun / 100,000km (termasuk alat ganti dan kos buruh), yang hadir dalam pakej selepas jualan ‘5-in-Fluence’. 

Renault Fluence dikuasakan oleh enjin petrol bersesaran 2.0L (143PS dan tork 195Nm) yang dipadankan dengan kotak gear automatik CVT X-Tronic.

“Renault Fluence memenuhi semua aspek seperti keselesaan, luas, boeh dipercayai dan menjadi satu pilihan yang praktikal buat pengguna di Malaysia.

“Kempen Big Deal membuatkan Fluence lebih menarik apabila menawarkan nilai lebih baik untuk sedan segmen-C,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen. 

Maklumat lanjut mengenai Fluence dan Renault di Malaysia, sila layari laman web: www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

Google ads
Back to top button