Buletin

HONDA CIVIC RED EDITION, LAGI TERHAD DARI CIVIC TYPE R!

Honda Civic Type R sudah pun dilancarkan di beberapa pasaran utama dunia. Pelancaran itu selari dengan pembangunan model pertama Type R untuk pasaran global. Itu juga bermakna Civic Type R bukan lagi khusus untuk Jepun atau Eropah sahaja, dan ini telah terbukti apabila ia sudah dipasarkan di beberapa negara ASEAN seperti Filipina dan Indonesia.

Honda Civic Type R juga sudah boleh ditempah dari Honda Malaysia dan ini adalah kali kedua Civic Type R memasuki pasaran tempatan selepas kali pertama sepuluh tahun lalu.

Cuma kali ini, harganya dijangka jauh berbeza dengan model sepuluh tahun lalu yang dipasarkan pada harga sekitar RM 200,000. Di Filipina dan Indonesia harganya melebihi RM 300,000 dan di pasaran tempatan pula harganya masih lagi belum didedahkan.

Sebagai perbandingan, Honda Civic Type R Euro (FK2R) yang diimport secara bebas dan berusia dua tahun dipasarkan pada harga sekitar RM 250,000. Selamat untuk dikatakan, Honda Civic Type R versi tempatan bakal dipasarkan lebih dari itu atau sekitar aras RM 300,000.

Harga tersebut terlalu mahal untuk sebuah model berprestasi yang diasaskan dari platform Civic Hatchback?

Jika dirasakan tidak masuk akal, Honda Australia menawarkan satu lagi versi hatchback yang dikenali sebagai Civic Red Edition. Menariknya ia hanya ditawarkan dalam unit terhad, sesuatu yang tidak dimiliki oleh Civic Type R.

Hanya 228 unit Civic Red Edition bakal ditawarkan dan lebih menarik apabila angka 228 itu diambil dari output kuasa Civic Type R iaitu 228 kW dan 400 Nm yang dikeluarkan oleh enjin 2.0 liter VTEC Turbo.

Walaupun dikeluarkan dalam edisi terhad, pembeli di Australia boleh memilih empat varian Red Edition iaitu VTi, VTi-S, VTi-L dan VTi-LX. Harga pakej itu termasuk pemasangan ialah AUS 2,498 (RM ).

Berikut ialah ciri utama pada Civic Red Edition:

  • Empat warna pilihan – White Orchid Pearlescent, Lunar Silver Metallic, Sonic Grey Pearlescent dan Crystal Black Pearlescent
  • Roda aloi 17 inci
  • Spoiler bawah depan dan belakang berwarna merah
  • Skirt sisi merah
  • Pelapik kaki Red Edition
HONDA CIVIC ORANGE EDITION

Honda Australia memang aktif dalam menawarkan pakej sebegini. Sebagai contoh untuk Civic sedan yang dilancarkan tahun lalu, mereka menawarkan pakej Black Pack dan Orange Pack pada awal tahun ini untuk Civic Hatchback. Penawaran itu ternyata digemari pelanggan apabila kedua-duanya sudah habis terjual.

Red Edition ini pula ditawarkan sempena pelancaran Civic Type R di Australia. Sementara itu di sana, Civic Type R telah pun ditempah sebanyak 350 unit dengan lebih 6,500 pra-pendaftaran diterima.

HONDA CIVIC ORANGE EDITION

BACA: FORD FOCUS RS EDITION, BOLEH LAWAN HONDA CIVIC TYPE R TIDAK NI?

BACA: HONDA CIVIC EP3 TYPE-R DAN INI PULA KEGILAAN MUGEN

Honda Australia menjangkakan lebih dari 400 buat Type R akan tiba sebelum hujung tahun ini. Kaedah penawaran model edisi istimewa ini nampaknya turut boleh dilakukan Honda Malaysia.

Maklumlah, Honda Civic Type R walaupun digemari ramai tetapi harganya sudah memasuki pasaran premium. Honda Civic Sedan yang ditawarkan di sini adalah platform bagus untuk edisi istimewa atau terhad.

Google ads
Back to top button