Buletin

VIETNAM JADI NEGARA ASEAN PERTAMA TERIMA CIVIC TYPE R FL5. HARGA BERMULA RM381K

Akhirnya, Honda Civic Type R FL5 akan berada di rantau ASEAN, tetapi kali ini bukan di Malaysia, tetapi di Vietnam. Ya, di Vietnam

Honda Vietnam akan melancarkan versi Honda Civic berkuasa tinggi itu dalam acara Vietnam Motor Show 2022 yang berlangsung pada 26 hingga 30 Oktober 2022 di Ho Chi Minh City.

Menurut Autopro, Honda Vietnam juga merancang untuk memasarkan terus Honda Civic Type R generasi terbaru itu di sana dan akan menyerahkannya kepada pembeli selepas pameran tersebut tamat.

Civic Type R FL5 dipasang di kilang Honda di Jepun, memandangkan fasiliti di Swindon telah ditutup sepenuhnya pada tahun lepas disebabkan oleh penstrukturan semula produksi global Honda.

Tersedia dalam lima pilihan warna seperti Crystal Black, Sonic Grey, serta warna yang menjadi ciri khas Honda Civic Type R seperti Pearl Championship White, Rallye Red dan Racing Blue.

Mengenai spesifikasi, Honda Civic Type R menggunakan enjin petrol empat silinder 2.0 liter dengan teknologi VTEC Turbo. Enjin itu berupaya menghasilkan 326hp dan tork 420Nm. Ini menjadikan Civic Type R FL5 sebagai Type R paling berkuasa pernah dihasilkan.

Harga untuk Honda Civic Type R FL5 dijangka bermula 2 bilion dong (RM381,451).

Google ads
Back to top button