Motosikal

TRIUMPH STREET TRIPLE RS 2020 – 9% LEBIH KUASA, TETAPI RENDAH EMISI

Selepas beberapa kali mendedahkan gambar spyshot, Triumph akhirnya memperkenalkan Street Triple RS 2020. Jentera baharu itu dikatakan dibina bagi memenuhi piawaian standard emosi Eropah yang semakin ketat. 

Seperti yang dapat dilihat, perubahan terbesar diterima oleh model naked itu adalah dari segi kosmetiknya.

Ia kini dilengkapi sepasang lampu utama dengan jalur LED yang membuatkannya tampil lebih garang. Chasis tidak berubah, cuma ia dilayangkan dengan warna perak (titanium silver) untuk disesuaikan bersama skim warna baharu. 

Street Triple RS 2020 masih menggunakan khidmat enjin tiga selinder bersesaran 765cc seperti model terdahulu. Tetapi ia telah diubah suai untuk menjana lebih kuasa dan kurang emisi. Ubah suai itu memberikannya 9 peratus lebih kuasa menjadi 121hp (sebelum ini 116hp) dan tork 77.3Nm. 

Lonjakan prestasi itu banyak disumbang oleh kombinasi pendikit lebih responsif, cam ekzos baharu yang direka untuk mengoptimumkan prestasi pada julat pertengahan. Di samping penghasilan klac, aci engkol (crankshaft) dan balancer yang jauh lebih tepat. 

Penambahan mangkin (catalyst) kedua di dalam peredam membantu Triumph memenuhi piawaian emisi Euro-5. Dengan berat hanya 166kg (kering), ia menjadi motosikal paling ringan dalam kelasnya. 

Sekali pandang, angka itu seperti terlalu kecil, namun anda boleh mengharapkan maklum balas pendikit yang lebih responsif. Bagi mereka yang pernah menunggang Street Triple RS, anda mesti tahu bagaimana responsifnya jentera tersebut. 

Kini, penunggang boleh melihat mode tunggangan yang telah dipertingkat iaitu Road, Rain, Sport, Track dan Rider dengan lebih mudah. 

Sistem suspensi  jenis inverted fork daripada Showa untuk roda hadapan dan shock Ohlins boleh laras bersama swingarm di belakang dikekalkan. Brek Brembo dengan angkup tunggal dan cakera bersaiz 220mm pada roda belakang terus digunakan.  

Street Triple RS 2020 juga didatangkan dengan panel instrumen TFT baharu lengkap bersama ketersambungan aplikasi MyTriumph. Menerusi aplikasi itu, penunggang boleh melihat arahan navigasi, menguruskan panggilan, muzik dan kamera GoPro dengan mudah. 

GALERI

Google ads
Back to top button