Buletin

nCoV: RM116j, 50 MPV DARI GEELY DAN YAYASAN LI SHUFU

Zhejiang Geely Holding Group (Group) telah mengumumkan kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Awam Li Shufu bagi menubuhkan dana berjumlah 200 juta RMB (RM116.32 juta) sebagai sokongan kepada program pencegahan epidemik Coronavirus di Hubei, Guangdong, Zhejiang and Henan dan kawasan lain yang terjejas.

Yayasan Kebajikan Awam Li Shufu akan membeli dan mengagihkan beberapa bekalan perubatan seperti topeng, nyahjangkitan (disinfectants), cermin mata perubatan dan ventilator.

CAOCAO

Dana tersebut akan digunakan untuk membantu pembinaan hospital sementara, kakitangan perubatan dan pembinaan, media dan sukarelawan.

Bantuan juga akan diberikan kepada institusi seperti Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China dalam membangunkan vaksin dan rawatan untuk penyakit baharu seperti Coronavirus.

Bantuan turut disumbangkan dalam usaha pusat tersebut bagi mendidik orang awam mengenai pencegahan penyakit dan amalan kesihatan awam yang betul.

Sebagai tambahan, jenama di bawah Geely Holding seperti Geely Auto, Lynk & Co, Volvo Cars, Polestar, Geometry, Lotus, Farizon Auto dan sebagainya akan mengusahakan kerjasama dengan yayasan bagi melawan epidemik tersebut.

Geely Holding sedang menyelaraskan subsidiarinya di luar negara bagi mendapatkan bekalan untuk kawalan dan pencegahan epidemik tersebut.

Geely Holding telah berjaya mendapatkan lebih 250,000 topeng perubatan di Sweden yang akan diedarkan di China dalam masa terdekat.

Geely Auto akan menderma lima puluh buah MPV kepada Pusat Pencegahan dan Arahan Coronavirus Wuhan untuk keperluan pengangkutan mereka di kawasan yang terjejas.

Geely Jia Ji

CaoCao yang merupakan khidmat ride hailing pula menawarkan pengangkutan percuma untuk penduduk Wuhan.

Selain dana dan sokongan yang dinyatakan, Geely juga akan menambah skala bantuan berdasarkan keperluan dan keamatan epidemik itu.

Google ads
Back to top button