RIVIAN R2 NAK CABAR TESLA MODEL Y, ELON MUSK CARI PANADOL. NAK LAWAN CHINA LAGI
Rivian telah melancarkan satu lagi model baru dikenali dengan nama R2 dan lebih murah berbanding dengan model R1 pada harga RM 211,000. Pelanggan yang menempah SUV ini akan mula menerima Rivian R2 pada tahun 2023
Model R2 akan ditawarkan dengan pilihan 1, 2 atau 3 motor elektrik dalam konfigurasi RF, AWD atau AWD 3 motor dengan semua model berupaya dipandu sejauh 482km untuk satu pengecasan penuh. Varian yang paling berkuasa adalah varian 3 motor elektrik yang boleh memecut 0-96km/jam bawah 3 saat
Rivian R2 boleh muatkan 5 penumpang dalam cesi dengan jarak antara roda direka pada 2936mm dan panjang keseluruhan mencapai 4714mm. Model R2 adalah lebih pendek daripada model R1 sebanyak 381mm serta keupayaan offroadnya juga adalah tidak sebaik R1.
Jarak dengan permukaan jalan adalah sekitar 245mm, sudut pendakian bahagian depan ditetapkan pada 25 darjah dan sudut menuruni cerun di bahagian belakang adalah 27 darjah, masih memberikan R2 keupayaan offroad yang baik setanding dengan pesaingnya yang lain.
Rekaan luar masih digayakan dengan rekaan rasmi Rivian, berkotak dan menggunakan lampu depan bulat sama seperti model R1. Bagi bersaing dengan Tesla Model Y, Rivian juga telah memberikan bateri baru yang dikenali dengan kod 4695 untuk R2.
Bateri ini direka dengan diameter 46mm dan tinggi 95mm iaitu lebih besar berbanding dengan bateri Tesla 4680. Rekaan bateri ini memberikan keupyaan R2 untuk dicaj dengan lebih pantas dan kuasa yang lebih baik berbanding dengan bateri Tesla.
Malah brek regenratif juga adalah lebih baik bagi menawarkan jarak pemanduan yang lebih jauh. Bateri ini disimpan dalam 3 modul utama dengan setiap modul menyimpan 272 sel bateri. Jika bateri ini menggunakan komposisi ion liuthium dan disusun dalam siri, ia berupaya menjana sehingga 980volt