Buletin

RM8JUTA UNTUK BINA PUSAT PROTON BARU DI KK. HEBAT HEBAT…

Harapan Maju Sdn Bhd (Harapan Maju) secara rasmi membuka pusat 3S PROTON baharu semalam. Ini merupakan cawangan kedua dibuka di Kota Kinabalu yang mempamerkan identiti korporat baharu Proton.

YB Phoong Jin Zhe, Menteri Belia dan Sukan Sabah serta Cheng Seng Fook, Pengarah Pemasaran PROTON telah bersama-sama merasmikan acara tersebut.

Cawangan baharu dengan kos sebanyak RM8 juta ini mempunyai keluasan sebesar 1686 meter persegi. Ia terdiri daripada 12 ruang servis dan 6 servis pengangkat serta ruang parkir yang boleh menampung sehingga 50 buah kereta dalam satu masa.

Kemudahan lain yang turut ada pada cawangan ini termasuklah Wi-Fi percuma, ruang minuman, tempat mengecas komputer riba, ruang kanak-kanak serta bilik solat.

Harapan Maju adalah pengedar baharu yang yakin akan potensi besar pada PROTON. Berbeza dengan yang lain, Harapan Maju diketuai oleh barisan wanita. Mereka terlibat dalam operasi harian perniagaan seperti memantau aktiviti jualan, servis dan pemasaran.

“Kami mengambil peluang menjadi pengedar PROTON adalah kerana kepercayaan kami terhadap jenama itu. Kini, PROTON menunjukkan pencapaian yang baik di dalam pasaran. Orang ramai mula tertarik terutamanya dengan model-model baharu yang mengujakan. Ciri-ciri teknologi termaju serta harga yang kompetitif turut menjadi faktor yang menarik perhatian orang ramai,” kata Jovinia Wong Kyau Yun, Pengarah Harapan Maju Sdn Bhd.

“Kami gembira kerana ramai berminat untuk menjadi pengedar PROTON. Sebenarnya apabila mereka berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada jenama kami sudah membuktikan masa depan Syarikat yang cerah,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Sehingga kini, jualan PROTON di Malaysia Timur meningkat sebanyak 22% berbanding tempoh yang sama tahun lepas manakala di Sabah pula, terdapat kenaikan sebanyak 32%.

GALERI

Google ads
Back to top button