Artikel Pilihan

ENJIN VW/AUDI 2.0 TSI – BERKUASA TAPI INI PERKARA YANG WAJIB ANDA TAHU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini kita akan membincangkan tentang perihal enjin yang sangat popular iaitu 2.0L TFSI/TSI EA888. Enjin ini menjadi nadi utama kepada barisan model jenama Audi dan Volkswagen. Umum juga mengetahui bahawa 2 jenama ini amat popular di Malaysia.

Pada artikel lepas, kita ada membincangkan tentang perihal varian 1.8L, hari ini kita sambung dengan perihal varian 2.0L. Varian 2.0L ini berkongsi asas yang sama dengan varian 1.8L. Perbezaan ketara yang dapat dilihat adalah pada kapasiti enjin serta kuasa yang dapat dihamburkan. Evolusi produksi juga sama di mana enjin ini mempunyai 3 generasi.

GENERASI PERTAMA

Enjin EA888 Generasi Pertama ini dilancarkan pada tahun 2008. Setahun selepas pelancaran varian 1.8L. Blok Enjin yang digunakan adalah daripada besi tuang. Jarak antara silinder berukuran 88mm dan tinggi silinder berukuran 220mm.

Kapasiti enjin ini bertambah kepada 2.0L apabila nilai “Stroke” bertambah kepada 92.8mm berbanding 84.1mm pada varian 1.8L. UKuran “Bore” masih sama iaitu 82.5mm.

Enjin ini juga menerima unit Aci Engkol baharu daripada material “Forged Steel”. Unit Rod Penghubung yang digunakan adalah lebih pendek dengan ukuran 144mm dan dipasang bersama unit piston yang baru. Nisbah mampatan bagi enjin ini berkadaran 9.6:1. Untuk menstabilkan operasi, enjin ini dilengkapi dengan unit “Balance Shaft”.

Unit Kepala Silinder enjin ini adalah sama dengan varian 1.8L. Materialnya adalah daripada Alumunium. Ia menempatkan 16 injap di mana 4 injap bagi setiap silinder.

Diameter injap juga sama dengan Injap Masukan berukuran 34mm dan Injap Ekzos 28mm. Mekanisma injap ini digerakkan oleh dua Aci Sesondol. Satu untuk Injap Masukan dan satu lagi untuk Injap Ekzos.

“Dual Overhead Camshaft”(DOHC) omputeh kata. Sistem “Variable Valve Timing” juga dipasang tetapi terhad kepada Injap Masukan sahaja. Injap Ekzos tiada(yillek). Aci Sesondol kemudiannya dipacu oleh Rantai Pemasaan(Timing Chain).

Sistem Bahanapi enjin ini menggunakan sistem Pancitan Terus(Direct Injection). Bahanapi akan disedut oleh pam bahan api bertekanan rendah daripada tangki bahanapi, seterusnya disalurkan ke Pam Bahanapi bertekanan tinggi yang bertanggungjawab menaikkan tekanan sehingga 190bar.

Kemudian, bahanapi bertekanan tinggi ini akan melalui “Fuel Rail” dan seterusnya ke “Injector”. Penambahbaikan dilakukan pada unit Pam Bahanapi bertekanan tinggi ini apabila unit “Cam Follower” direka dengan “Bearing”. Umum mengetahui masalah “Cam Follower” ini pada enjin generasi sebelumnya iaitu EA113.

Sistem Pendesak enjin ini menggunakan unit Turbo BorgWarner KKK K03. Sama seperti varian 1.8L. “Boost” ditetapkan pada kadar 0.6bar sahaja. “Boost” yang dihasilkan seterusnya pergi ke unit “Intake Manifold” lalu ke enjin. Unit “Intake Manifold” enjin ini juga dibuat daripada plastik dan dilengkapi dengan “Flap”. Segala operasi enjin ini dikawal oleh ECU Bosch Motronic MED 17.5. Pihak Volkswagen Group menyatakan enjin ini mematuhi piawaian emisi dengan gred Euro 4.

Kuasa yang dapat dihamburkan oleh enjin generasi pertama ini berbeza mengikut kod enjin. Enjin berkod CAWA mempunyai kuasa sebanyak 168hp pada 4,300-6,000rpm dan daya kilas sebanyak 280Nm pada 1,700-5,000rpm. Enjin berkod CAWB, CBFA dan CCTA mempunyai kuasa sebanyak 197hp pada 5,100-6,000rpm dan daya kilas sebanyak 280Nm pada 1,700-5,000rpm.

Berikut merupakan jentera yang menggunakan enjin 2.0L EA888 generasi pertama.

VW Tiguan 2.0L TSI – CAWA
VW Scirocco 2.0L TSI – CAWB
VW Passat B6 2.0L TSI – CAWB
VW CC 2.0L TSI – CCTA
Audi A3 – CAWB

GENERASI KEDUA

Enjin generasi kedua ini dilancarkan pada tahun yang sama iaitu pada tahun 2008. Apa yang membezakan Generasi Pertama dan Kedua bagi varian ini ?

Perbezaannya adalah enjin 2.0L EA888 generasi kedua ini dilengkapi dengan mekanisma “Valve Lift”. Mekanisma ini berfungsi sebanyak 2 kali dengan bukaan 6.35mm dan 10.00mm.

Ia berfungsi selepas 3100rpm. Faham ? Kalau tak faham senang je. Enjin ini ada VTEC. Cuma bagi Audi, sistem ini dikenali sebagai “Audi Valvelift System”(AVS).

Disebabkan enjin ini dilengkapi dengan sistem AVS, majoriti jentera yang menggunakan enjin generasi kedua ini juga daripada jenama Audi. Sama seperti enjin generasi kedua 1.8L EA888, ia menerima unit Piston dan Gegelang Piston yang baharu. Untuk kurangkan geseran katanya. Hasilnya ? Sama Tuan-Tuan.

Makin teruk.

Kalau anda perasan Audi A4 dan Audi A5 keluaran 2008-2013 jatuh teruk harganya. Masalah penggunaan minyak enjin (minyak hitam ye) yang tinggi dan macam-macam masalah lagi. Dari segi kuasa, memang tak dinafikan. Enjin ini agak berkuasa. Namun kuasa itu datang sekali dengan pakej masalah yang memeningkan kepala.

Kuasa yang dihamburkan oleh enjin ini berbeza mengikut kod. Enjin berkod CAEA, CDNB dan CFKA mempunyai kuasa sebanyak 178hp pada 4,000-6,000rpm dan daya kilas sebanyak 320Nm pada 1,500-3,900rpm. Enjin berkod CAEB & CDNC pula mempunyai kuasa sebanyak 208hp pada 4,300-6,000rpm dan daya kilas sebanyak 350Nm pada 1,500-4,200rpm.

Kuat bukan? (Janganlah bandingkan dengan jentera sekarang, tak adil. Sekarang enjin 2.0L Theta II Turbo KIA pun jauh lagi kuat. Huhu)

Untuk pengetahuan, enjin generasi kedua ini ada juga yang tidak dilengkapi dengan sistem AVS. Enjin-enjin ini diberikan kepada jentera-jentera selain dari jenama Audi.

Antaranya ialah enjin berkod CCZA yang mempunyai kuasa sebanyak 197hp pada 5,100-6,000rpm dan daya kilas sebanyak 280Nm pada 1,700-5,000rpm. Kemudian, enjin berkod CCZB yang mempunyai kuasa sebanyak 208hp pada 5,300-6,200rpm dan daya kilas sebanyak 280Nm pada 1,700-5,200rpm. Lebih baik atau buruk ? Sama sahaja masalahnya Tuan-Tuan.

Boleh dikatakan enjin EA888 Generasi Kedua ini telah mencalit arang ke muka syarikat disebabkan pelbagai isu sebelum terdedahnya skandal emisi disel  yang terus menjatuhkan reputasi syarikat.

Berikut merupakan jentera yang menggunakan enjin 2.0L EA888 generasi kedua.

– Audi A4 B8 2.0L TFSI – CAEA,CDNB,CFKA & CDNC
– Audi A5 8T 2.0L TFSI – CDNB, CDNC
– Audi Q5 8R 2.0L TFSI – CDNB, CDNC
– Audi 8J TT 2.0 TFSI – CCZA
– VW Beetle 2.0 TSI – CCZA
– VW Sharan 2.0 TSI – CCZA
– VW Golf GTi Mk6 – CCZB
– VW Scirocco 2.0L TSI – CCZB
– VW CC 2.0L TSI – CCZB
– VW Tiguan 2.0L TSI – CCZB
– SEAT Exeo – CAEA, CAEB & CDNC
– SEAT Altea Freetrack – CCZB
– SEAT Leon FR – CCZB

GENERASI KETIGA

Sama seperti enjin 1.8L EA888 generasi ketiga. Pembaharuan yang diterima daripada generasi kedua agak banyak. Ia menerima komponen baharu seperti Aci Engkol, Piston, Gegelang Piston, Pam Minyak Enjin dan”Balancing Shaft” yang lebih ringan.

Sistem AVS dikekalkan pada Injap Masukan sahaja dan sistem “Variable Valve Timing” diaplikasikan kepada kedua-dua Injap Masukan dan Ekzos.

Sistem Pendesak bagi enjin generasi ketiga ini menerima turbo IHI IS20 dan “wastegate” yang dikawal secara elektronik. Untuk sesetengah enjin yang berkod CULA, CULB, CULC, CPLA dan CPPA menerima turbo yang lebih kecil dan kurang sedikit kuasanya iaitu Garrett MGT 1752S.

Sistem bahanapi masih sama dengan menggunakan 8 unit pemancit bahan api. Sistem penyejukan dibantu oleh pam air elektronik. Hal ini sekaligus mengurangkan beban yang ditanggung oleh enjin.

Secara amnya, spesifikasi bagi enjin 2.0L EA888 Generasi Ketiga ini hampir sama dengan 1.8L EA888. Yang berbeza hanyalah kapasiti enjin, sistem pendesak dan sistem pegurusan enjin sahaja.

Untuk versi jentera berkuasa tinggi seperti yang berada di ruang enjin VW Golf R mahupun Audi TTS, kod enjin ini bermula dengan huruf CJX dimana terdapat pengubahsuaian di beberapa tempat dan komponen.

Antaranya ialah bentuk kepala silinder yang sedikit berbeza, Aci Sesondol yang baharu, Injap Ekzos yang lebih besar, Piston baharu yang merendahkan nisbah mampatan kepada 9.3:1, unit pemancit bahanapi yang baharu, unit Pam Bahanapi Bertekanan Tinggi yang baharu, unit Turbo IHI IS38 yang lebih besar dan juga unit “Intercooler” yang lebih besar.

Kuasa yang dihamburkan enjin ini mempunyai banyak variasi. Berikut merupakan kod enjin serta kuasa dan daya kilas.

CPSA(Non-Valvelift) – [email protected],000-6,200rpm & [email protected],800-4,900rpm. Enjin ini terletak di dalam ruangan enjin bagi jentera Audi Q3 bagi keluaran 2011-2014.

CESA – [email protected],300rpm & [email protected],600-4,200rpm. Enjin ini terletak di ruangan enjin jentera Audi TT 8J 2.0 TFSI keluaran tahun 2010-2014.

CHHB – [email protected],500-6,200rpm & [email protected],500-4,400rpm. Enjin ini terletak di ruangan enjin jentera :-
– Audi A3 8V keluaran tahun 2013 sehingga sekarang.
– VW Golf GTi Mk7
– VW Passat B8 2.0L TSI Highline

CNCD – [email protected],500-6,250rpm & [email protected],500-4,500rpm. Enjin ini terletak di ruangan enjin jentera :-
– Audi A4 B8 Facelift keluaran tahun 2013 sehingga sekarang
– Audi A5 8T/8F Facelift keluaran tahun 2013 sehingga sekarang
– Audi Q5 8R Facelift keluaran tahun 2012 sehingga sekarang

CHHA/DKFA – [email protected],700-6,200rpm & [email protected],500-4,600rpm. Enjin ini terletak di ruangan enjin jentera :-
– VW Golf GTi Mk7 Performance
– Skoda Octavia RS230

DLBA – [email protected],700-6,200rpm & [email protected],600-4,300rpm. Enjin ini terletak di ruangan enjin jentera Skoda Octavia RS245.

CJXE – [email protected],350-6,600rpm & [email protected],750-5,300rpm. Enjin ini terletak di ruangan enjin jentera :-
– VW Golf GTi Mk7 Clubsport
– SEAT Leon Mk3 Cupra keluaran tahun 2014-2015

CJXA/CJXB – [email protected],100-6,500rpm & [email protected],800-5,500rpm. Enjin ini terletak di ruangan enjin jentera :-
– Audi S3 8V keluaran tahun 2013-2014
– Volkswagen Golf R Mk7 (Pasaran Terhad)
– Skoda Superb B8 keluaran tahun 2015 sehingga sekarang
– SEAT Leon Mk3 Cupra keluaran tahun 2014-2015

CJXD – [email protected],900-6,400rpm & [email protected],700-5,800rpm. Enjin ini terletak di ruangan enjin jentera :-
– VW Golf R Mk7 keluaran tahun 2013-2016
– SEAT Leon Mk3 Cupra keluaran tahun 2015-2017

CJXC – [email protected],500-6,200rpm & [email protected],800-5,500rpm. Enjin ini terletak di ruangan enjin jentera :-
– Audi S3 8V keluaran tahun 2013-2016
– VW Golf R Mk7 (Pasaran Eropah)
– SEAT Leon Mk3 Cupra keluaran tahun 2017 sehingga sekarang

CJXG/DJHA – [email protected],500-6,200rpm & [email protected],800-5,500rpm. Enjin ini terletak di ruangan enjin jentera :-
– Audi TTS FV/8S keluaran tahun 2014 sehingga sekarang
– Audi S3 8V keluaran tahun 2016-2018
– VW Golf R Mk7.5

Terlalu banyak varian enjin 2.0L EA888 ini Tuan-Tuan. Kenapa banyak ? Hal ini kerana ada enjin khusus dibuat untuk pasaran tertentu. Ia juga disebabkan oleh kapasiti pasaran Volkswagen Group serta jenama yang bernaung di bawahnya agak besar.

Generasi ketiga ini bermasalah atau tidak ? Ye. Masih bermasalah. Namun jauh lebih baik jika dibandingkan dengan generasi kedua. Jika anda merupakan pemilik jentera-jentera yang dinyatakan diatas, apa yang boleh dibuat adalah sentiasa jaga disiplin servis berkala jentera anda. Hal ini dapat mengelakkan masalah kecil melarat dan merebak menjadi besar.

Untuk pengguna jentera yang dikuasakan oleh enjin EA888 generasi kedua, jangan risau. Pakai sahaja jentera anda sehingga habis hayat enjin tersebut.

Disebabkan populariti jentera serta enjin ini, banyak bengkel-bengkel yang mampu dalam kerja-kerja baik pulih dengan harga yang kompetitif. Pucuk pangkalnya memang kena ada duit juga. Nak kereta sedap tapi taknak keluar duit tak boleh juga.

Bagi bakal-bakal pemilik, jika anda berkenan dengan jentera-jentera diatas khususnya jentera yang dikuasakan oleh enjin EA888 generasi kedua, sediakan wang kecemasan sekurang-kurangnya RM20,000 sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Disamping itu, buat juga Pre-Purchase Inspection untuk mengelakkan anda mengeluarkan belanja yang lebih besar terhadap jentera tersebut. Mahal ? RM20k ? Ini Audi/VW Tuan-Tuan. Bukan Axia. Tepuk dada lihat poket. Kalau rasa tak mampu jangan pakai. Kalau terlebih mampu, beli baru. Lagi untung.

Akhir kata, adakah EA888 mampu mengatasi EA113 ? Pendapat peribadi saya menyatakan tidak. EA113 adalah lebih baik jika dibandingkan dengan EA888. Ia mungkin kalah dari segi kuasa, namun ia menang dari segenap aspek selain daripada kuasa.

Google ads
Back to top button