Artikel Pilihan

RMC MOTORSPORT – PEMBUAT KERETA RALI N5 DARI SEPANYOL

Memandangkan kebanyakkan kejohanan perlumbaan utama dunia sedang berehat gara gara serangan wabak Covid 19, agak lama juga BK tidak membawakan perihal berita tentang dunia perlumbaan rali. Sebelum ini BK pernah berkongsi tentang perihal sebuah model rali jenama Korea, Kia Rio N5 yang berasal dari Sepanyol. Punyalah gigih BK mencari maklumat lebih lanjut mengenai pembuat kereta rali tersebut, RMC Motorsports. Jom kita ikuti tentang perjalanan RMC Motorsports, sebuah pembuat kereta rali N5 yang handal daripada Sepanyol.

RMC Motorsport ini barangkali merupakan nama yang agak baharu dalam dunia rali di Sepanyol. Firma pembuatan jentera rali ini telah ditemukan oleh Roberto Mendez pada tahun 2004 yang juga merupakan bekas pemandu rali. RMC Motorsport ini merupakan firma yang mengkhususkan tentang penyediaan serta penyelenggaran kereta lumba. Sebelum menjebakkan diri dalam pembinaan jentera N5, RMC Motorsport telah memilih Mitsubishi Evo X sebagai model perlumbaan rali untuk diketengahkan kepada umum.

Firma pembuatan yang berpangkalan di Villablino (León) ini mempunyai kepakaran dalam perlumbaan rali membabitkan permukaan aspal dan pernah meraih beberapa kejuaraan seperti World Production Champion pada 2013 menerusi pelumba dari Peru, Nicolás Fuchs bersama jentera Mitsubishi Evo X yang disediakan oleh RMC Motorsport serta Spanish Rally Championship pada tahun 2010 dan 2011 menerusi pelumba Benito Guerra dan Oscar Fuertes.

Dan kini RMC Motorsport aktif dalam menghasilkan jentera rali kategori N5, khusus untuk digunakan perlumbaan peringkat kebangsaan di Sepanyol. Sudah tentu penghasilan jentera rali N5 ini pada harga yang lebih kompetetif tetapi mempunyai kelajuan dan spesifikasi yang hampir sama dengan jentera rali R5.

Diantara deretan jentera rali N5 yang dihasilkan, menarik perhatian BK adalah apabila Renault Clio turut dijelmakan sebagai sebuah jentera lumba N5. Bertambah menariknya lagi, pihak RMC Motorsport turut melayangkan warna rasmi kuning Renault terhadap jentera N5 ini.

Dan kini jumlah jentera rali N5 yang berada di Sepanyol bukan lagi boleh dihitung dengan jari. Disebabkan jumlah jentera yang banyak sehinggakan telah wujud perlumbaan kategori khusus, N5 RMC Cup. Bayangkan ada Citroen C3 N5, Ford Fiesta N5, Hyundai i20 N5 dan juga Peugeot 308 N5.

Menerusi perkongsian di lama sosial rasmi RMC Motorsport, mereka kini sedang menyiapkan sebuah lagi model terkini yang sensasi, Toyota Yaris N5. Mengambil aura sempena kemenangan jentera Yaris WRC yang memenangi kejuaraan musim sudah. Pemasangan kit badan karbon fiber telah selesai, tunggu masa untuk mengecat pula. Sudah tentu penghasilan model N5 ini bukan dibuat sambil lewa. Ketegaran casis, kerja karbon fiber, sistem gantungan serta peralatan elektronik semuanya dihasilkan secara dalaman. Hebat.

Selain itu, RMC Motorsport juga menganjurkan kursus kepada pada Pemandu dan Juruarah bagi berkongsi ilmu dan pengetahuan yang lebih intensif kepada anak muda di Sepanyol berkaitan dunia rali. Mereka turut menawarkan khidmat sewaan kru kepada mereka yang berminat. Lengkap dengan trak untuk menunda kereta rali. Standby duit aja untuk berlumba.

Kredit Foto : RMC Motorsport

BACA : KAI RIO WRX – SIAPA KATA KIA TAK MINAT RALI

BACA : CITROEN C3 R5 WUJUD DI INDONESIA NI TEMAN TEMAN

Tags
Google ads
Back to top button