BuletinMotosikal

ROSSI ARAH YAMAHA PASANG SWING ARM DEFLECTOR SEPERTI DUCATI

Pelumba MotoGP Yamaha Monster, Valentino Rossi dilaporkan telah mencadangkan kepada Yamaha memasangkan peralatan yang sama seperti Ducati – komponen yang dinamakan swingarm deflector yang sebelum ini menjadi kontroversi dalam pusingan awal MotoGP.

Seperti yang dijelaskan oleh pengarah teknikal perlumbaan, selagi alat tersebut tidak membantu di sudut aerodinamik, ia akan diluluskan. Dan sebenarnya, Yamaha lebih memerlukan komponen ini berbanding DUcati sebenarnya.

Jika dilihat pada beberapa musim yang lalu, Yamaha M1 mempunyai masalah traksi roda belakang. Ia cepat panas, hilang cengkaman dan putaran berlebihan ketika keluar selekoh menyebabkan motosikal sukar dikawal.

Namun jentera M1 2019, banyak pembaikan telah dibuat termasuklah penukaran crankshaft yang lebih ringan serta sektor elektronik yang telah ditingkatkan. Pun begitu, ia tetap tewas ketika pecutan, lihat sahaja bagaimana sukarnya Rossi mengejar Rins dengan jentera Suzuki GSX-RR baru.

Rossi melihat penggunaan swingarm deflector tersebut akan membantu menurunkan suhu tayar belakang kerana ia mengalirkan udara khusus ke permukaan tayar. Ia juga sedikit sebanyak membantu downforce kerana udara tidak terkena suspensi langsung seperti set aero di hadapan. Justeru beliau beranggapan ia memang bermanfaat.

“Saya memberikan tekanan kepada Yamaha untuk menghasilkan peralatan yang sama. Saya harap kami dapat mencubanya. Walaupun hanya komponen kecil saya rasa sedikit sebanyak dapat membantu dan saya berharap mendapatnya pada musim ini,” ujar Rossi

Google ads
Back to top button