
ROYAL ENFIELD HUNTER 350 KINI DI MALAYSIA. VARIAN METRO REBEL DAN DAPPER, BERMULA RM22K SAHAJA!
Royal Enfield mengumumkan ketibaan Royal Enfield Hunter 350 baharu untuk pasaran Malaysia.
Jentera ity didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu Metro Rebel dan Metro Dapper yang hadir bersama karakter serta gaya tersendiri.
Ia dibina menggunakan iplatform 350cc J-series dan casis Harris Performance untuk memberi kestabilan apabila berada di atas apa jua permukaan jalan.

Varian Metro Rebel yang dikemaskan dengan dwi-tona pada tangki. Selain itu, kedua-dua varian dilengkapi rim aloi serta tayar bersaiz 110/70 x 17 inci (depan), 140/70 x 17 inci (belakang), brek cakera 300mm (hadapan), 270mm (belakang) dan ABS dwi-saluran.
Perincian lain Royal Enfield Hunter 350 termasuklah lampu belakang LED, instrumen analog-digital premium yang memaparkan odometer, tripmeter, indikator gear, takat minyak, amaran kurang bahan api dan jam.

Motosikal jenis cafe racer itu juga menampilkan beberapa suis kawalan pada bar hendal dan port USB untuk memudahkan penunggang mengecas peranti pintar mereka.
Bagi memudahkan penunggang, ketinggian pelana adalah sekitar 800mm, sekali gus memberi kestabilan kepada pengguna.
Beralih kepada rangkaian kuasa pula, Hunter 350 dipacu oleh enjin silinder tunggal 349cc J-series sejukan udara yang menghamburkan kuasa 20.4hp pada 6,100 rpm dan tork 27Nm pada 4,000 rpm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi 5 kelajuan.
Royal Enfield Hunter 350 didatangkan dalam lima pilihan warna menarik. Ia boleh anda miliki pada harga RM22,000 untuk Metro Dapper, manakala Metro Rebel pula berharga RM22,200 seunit.
GALERI:




































- BACA: ROYAL ENFIELD HUNTER 350 BAKAL TIBA DI MALAYSIA – 20.2HP/27NM, LEBIH MAMPU MILIK
- BACA: ROYAL ENFIELD JUAL 82,097 UNIT MOTOSIKAL PADA SEPT 2020. NAIK 145% DI PERINGKAT GLOBAL
- BACA: ROYAL ENFIELD LANCAR SCRAM 411 DI MALAYSIA. 3 VARIAN, 23.4HP, BERMULA RM26.9K
- BACA: ROYAL ENFIELD METEOR 350 2023 TERIMA WARNA BAHARU






