Buletin

ROYAL ENFIELD LANCAR SCRAM 411 DI MALAYSIA. 3 VARIAN, 23.4HP, BERMULA RM26.9K

Royal Enfield Himalayan Scram 411 2022 kini tiba di pasaran Malaysia dengan tiga varian untuk pilihan anda. Motosikal itu sangat sesuai untuk perjalanan jarak jauh antara bandar dengan prestasi enjin membolehkannya mengharung apa jua permukaan jalan raya.

Perbezaan antara setiap varian model ialah skema warna, di mana ia datang dengan tujuh pilihan warna. Premium datang dalam warna putih (White Flame) dan perak. Manakala varian Mid tersedia dalam warna biru (Skyline Blue) dan hitam (Blazing Black). Varian Base pula menawarkan tiga warna iaitu kuning (Graphite Yellow), merah (Graphite Red) dan biru (Graphite Blue).

Kombinasi panel digital dengan kluster meter analog turut tersedia yang memaparkan semua maklumat diperlukan seperti meter perjalanan, masa, takat bahan api dengan amaran rendah dan peringatan servis. Salah satu ciri pilihan ialah pod Navigasi Royal Enfield Tripper.

Kuasa pula disalurkan ke tayar belakang bersaiz 17 inci menerusi transmisi 5 kelajuan. Jentera tersebut menggunakan tayar hadapan bersaiz 19 inci berbanding tayar 21 inci pada Himalaya 411. Scram 411 menggunakan fork teleskopik dengan jarak 190mm untuk roda hadapan dan monoshock di belakang.

Seperti Himalaya 411, Scram 411 didatangkan dengan enjin 411cc satu silinder LS-410 Royal Enfield bersama sistem penyejukan udara. Kuasa maksimum adalah 24.3hp pada 6,500rpm dan tork 32Nm antara 4,000 hingga 4,500 rpm.

Sistem brek pula terdiri daripada kaliper brek dua angkup di depan dipadankan bersama cakera brek 300mm dan kaliper satu angkup di belakang mendapat cakera brek 240mm. Motosikal seberat 185kg dilengkapi tangki minyak berkapasiti 15 liter dengan ketinggian pelana 795mm.

Harga yang ditawarkan untuk tiga varian model Scram 411 adalah bernilai RM27,400 Premium, Mid (RM27,100) dan Base berharga RM26,900 seunit.

GALERI:

Google ads
Back to top button