
ROYAL ENFIELD JUAL 82,097 UNIT MOTOSIKAL PADA SEPT 2020. NAIK 145% DI PERINGKAT GLOBAL
Royal Enfield mencatat pertumbuhan begitu mengejutkan dalam jualan global untuk September 2022 dengan peningkatan sebanyak 145 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.
Dalam masa 30 hari, 82,097 unit Royal Enfield telah terjual, berbanding 33,529 unit pada September 2021. Sebahagian besar jualan itu datang dari pasaran India dengan 73,646 unit.
Peningkatan tersebut berlaku kerana kemunculan model baharu seperti Scram 411 yang dibina menggunakan platform Himalaya dan Hunter 350.

Selain itu, prestasi jualan Meteor 350 dan Classic 350 memberi sumbangan kepada peningkatan jualan Royal Enfield. Meteor 350 turut berhubung baik dengan pembeli di UK dan kini bersaing dengan BMW R 1250 GS Adventure untuk status sebagai motosikal bersaiz penuh terlaris di UK.
Sebagai salah satu syarikat motosikal yang paling lama beroperasi di dunia, Royal Enfield telah menikmati metamorfosis imej dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan penampilan klasik serta tumpuan untuk menyediakan motosikal bernilai tinggi.
Ciri-ciri tersebut membolehkan Royal Enfield berpuas hati dengan setiap keluarannya. Ditambah pula ia boleh dijadikan asas sebagai menarik lebih ramai pelanggan baharu atau sedia ada untuk menggunakan motosikal berkuasa dari Royal Enfield.
Selain Scram 411 dan Hunter 350, Royal Enfield juga bakal mengeluarkan Himalayan 450 iaitu versi yang lebih kontemporari, selain Super Meteor 650 dan Shotgun 650. Royal Enfield turut mengesahkan penghasilan Himalaya 650 juga dalam perancangan.