
SACRILEGE MOTORS UBAH SUAI PORSCHE 911 GUNA MOTOR TESLA MODEL S!
Sacrilege Motors diasaskan pada 2020 oleh usahawan kewangan Phil Wagenheim dan pakar pemandu dan penalaan Porsche, Bobby Singh.
Sacrilege Motors membaik pulih Porsche 911 tahun 1974 hingga 1994. Pada 20 Ogos, Sacrilege Motors akan mempertontonkan sebuah projek hebat iaitu 911 yang menggunakan motor elektrik Tesla Model S.
Tradisi adalah suatu yang penting buat peminat Porsche, Sacrilege Motors memaklumkan rasa pemanduan dan pengendalian yang jitu akan dikekalkan.
Pakej baharu menggabungkan prestasi yang ditingkatkan dan pada masa yang mengurangkan impak alam sekitar.

Dinamakan BLACKBIRD oleh pemiliknya sebagai penghormatan kepada pesawat supersonik Lockheed SR-71, unit yang dibaik pulih dan diubah suai ini adalah yang pertama dipasang motor elektrik.
BLACKBIRD asalnya adalah satu daripada 250 unit terhad Porsche 911 America Roadster tahun 1992 atau versi 911 Carrera 2 Cabriolet Turbo untuk Amerika Syarikat.
Kereta ini dalam spesifikasi kilang menggunakan transmisi Tiptronic yang kini diubah kepada transmisi tunggal dan rangkaian kuasa elektrik.
Motor elektrik Tesla Model S disesuaikan pada BLACKBIRD dan menghasilkan 500 kuasa kuda (hp) dan tork 500Nm.
Kereta ini dibekalkan bateri 62 kilowatt-jam (kWj) dan boleh dipandu sehingga 321 kilometer (km). Masa pengecasan pula tidak lama melalui pengecasan pantas CCS.

Pecutan dari 0 hingga 60 batu sejam (bsj) atau 97 kilometer sejam (km/j) di bawah empat saat. Sebagai sebuah kereta elektrik, berat BLACKBIRD ialah 1,451 kilogram (kg).
Set ampaian terdiri daripada penyerap hentak lumba Penske dua arah yang dibuat khas. Set belakang Penske juga jenis perlumbaan dengan tiga larasan dan takungan berasingan (remote-reservoir).
Brek asal diganti dengan set Brembo, cakera bergaris (slotted) depan dan belakang.
Rim asal diganti dengan rim Fiske tiga bahagian (three piece) buatan khas dan disarung tayar Michelin PS2 235/40ZR-18 di depan dan saiz 295/35ZR-18 di belakang.
BACA: EV BIASA TIADA GEAR. KENAPA PORSCHE TAYCAN ADA 2 GEAR?
BACA: SINGER TURBO STUDY – MODIFIKASI 911 TURBO BERKUASA 450 HP!