
HONDA MALAYSIA LANCAR HONDA CITY FACELIFT 2023, 119HP, HARGA BERMULA RM84K
Honda Malaysia hari ini memperkenalkan Honda City facelift 2023 dan didatangkan dalam lima varian iaitu S, E, V, Petrol RS serta e:HEV RS.
Honda City RS facelift menampilkan reka bentuk canggih termasuk beberapa peningkatan baharu seperti gril depan Honeycomb baharu, gril bawah depan baharu, diffuser belakang, skirt sisi, serta emblem RS baharu.
Dari segi dimensi, model facelift ini berukuran 4,589mm (panjang), 1,748mm (lebar) dan 1,467mm (tinggi).
Bagi varian City RS facelift, ia diserlahkan lagi dengan rim aloi bersaiz 16 inci yang turut direka bentuk baharu.

Menjengah dalam kabin, ia disertakan bersama instrumen TFT 7-inci, skrin infotainment dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto (varian RS), port pengecasan USB, lapan pembesar suara serta Multi-Angle Rear View.
Beralih kepada kuasa, ia dikuasakan oleh enjin 1.5L e:HEV dengan kombinasi dua unit motor elektrik, menjana 119hp, tork 145Nm dan sistem transmisi e-CVT (Electric Continuous Variable Transmission), menghasilkan 108hp dan tork 253Nm.
Selain itu, sistem keselamatan bantuan pemandu Honda SENSING hadir dengan dua ciri tambahan iaitu Low Speed Follow (LSF) dan Lead Car Departure Notification (LCDN).

Ciri-ciri lain terdapat pada Honda SENSING termasuklah:
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Lane Keep Assist System (LKAS)
- Road Departure Mitigation (RDM)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Auto High Beam (AHB)
Model facelift ini turut dilengkapi Honda CONNECT dan didatangkan standard bagi varian RS manakala varian lain didatangkan sebagai pilihan, boleh dimiliki pada harga RM1,500.
Perincian harga bagi setiap varian adalah seperti berikut:
- S: RM84,900
- E: RM89,900
- V: RM94,900
- e:HEV RS: RM111,900
GALERI:
- BACA: TIADA LAGI BR-V, HONDA MALAYSIA BAKAL LANCAR WR-V PADA Q3 2023
- BACA: HONDA MALAYSIA BAKAL LANCAR 3 MODEL BAHARU DAN SEBUAH MODEL FACELIFT – SASAR CATATAN JUALAN 80,000 UNIT UNTUK 2023
- BACA: HONDA MALAYSIA SERAH CIVIC e:HEV RS KEPADA PELANGGAN PERTAMA. TERIMA AKSESORI DAN BARANGAN RASMI BERNILAI RM4,000
- BACA: HONDA MALAYSIA RECALL 702 UNIT CITY HYBRID (2021) & CIVIC (2022) KERANA MASALAH ADAS, KIMPALAN KERUSI PEMANDU




























