HONDA ELEVATE KINI DIPANDU UJI DI JEPUN – BAKAL MUNCUL DI MALAYSIA TAK LAMA LAGI?
Honda Elevate secara rasmi membuat debut global di India dan model SUV baharu itu bakal memberi saingan kepada Hyundai Creta, Kia Seltos serta Skoda Kushaq.
Setelah diperkenalkan di India bulan lalu, SUV itu kini berada di Jepun bagi sesi pandu uji sekali gus menandakan ia bakal muncul di pasaran negara lain termasuk Malaysia.
Dari segi dimensi, Honda Elevate mempunyai ukuran 4,312mm panjang, 1,790mm lebar, 1,650mm tinggi dan jarak roda 2,650mm.
Sebagai perbandingan, saingan terdekatnya ialah Toyota Yaris Cross versi Asia Tenggara, mengambil kira saiz SUV itu.
Saiz badan secara terperinci adalah seperti berikut:
- Honda WR-V: 4,060mm X 1,780mm X 1,608mm, jarak roda 2,485mm
- Honda HR-V: 4,385mm X 1,790mm X 1,590mm, jarak roda 2,610mm
- Toyota Yaris Cross untuk Asia Tenggara: 4,310mm X 1,770mm X 1,615mm, jarak roda 2,620mm
Dari segi reka bentuk, Honda Elevate baharu tampil dengan gril hadapan besar serta dipadankan bersama lampu hadapan dan DRL LED.
Perincian lain termasuklah lampu dengan pencahayaan berbentuk L seakan WR-V di bahagian belakang dan diserlahkan lagi rim aloi 17-inci.
Di dalam kabin ia dilengkapi ciri-ciri seperti berikut:
- Sistem skrin sentuh 10.25 inci
- Panel instrumen digital tujuh inci
- Sistem penyaman udara automatik
- Pengecasan telefon tanpa wayar
- Ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay
- Honda Connect telematics
- Single-pane sunroof
Beralih kepada kuasa, SUV itu dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter empat silinder, menghasilkan 121hp dan tork 145Nm. Kuasa dihantar ke roda melalui sama ada kotak gear manual 6-kelajuan atau CVT.
Selain itu Honda Elevate turut dilengkapi kamera undur, LaneWatch, Vehicle Stability Assist, Hill Start Assist, dan pakej Honda Sensing, merangkumi Collision Mitigation Braking System, Lane Keeping Assist System, Auto High Beam, Road Departure Mitigation System, Adaptive Cruise Control serta Lead Car Departure Notification.
Untuk harga, Honda bagaimanapun masih belum mengumumkan mengenai perkara tersebut namun ia dijangka diberi tanda harga 1.05 juta rupee (RM58,518).
Setakat ini, belum ada maklumat mengenai ketibaan Honda Elevate di Malaysia tetapi kita boleh menjangkakan ketibaannya kelak. – Automachi
GALERI:
- BACA: TEMPAHAN HONDA CITY 2023 VERSI FACELIFT KINI DIBUKA – BAKAL DILANCARKAN Q3 2023
- BACA: CINCIN PERKAHWINAN HONDA – KHAS UNTUK PASANGAN BANGSA ‘H’ SEJATI
- BACA: INI KOS SERVIS HONDA WR-V, SERENDAH RM 268 SAHAJA
- BACA: HONDA WR-V RASMI DILANCARKAN, 4 VARIAN, ENJIN 1.5 DOHC VTEC & HONDA SENSING – 119HP, HARGA BERMULA RM89K