
SAMAN TERHADAP LAGUNA SECA AKIBAT BUNYI BISING DIGUGURKAN – KITA BEROLEH KEMENANGAN YANG PERTAMA
Sebelum ini kami pernah melaporkan tentang litar popular Laguna Seca telah disaman sekumpulan penduduk yang berjiran dengan litar kerana gangguan bunyi bising dan masalah kesesakan trafik. Bayangkan sebuah litar yang bersejarah dan pernah menyaksikan macam-macam kejuaraan disaman kerana pencemaran bunyi bising. Logik ke? Kini mereka meraikan kemenangan sekali lagi selepas dakwaan yang difailkan telah diselesaikan di luar mahkamah.

Masa depan litar ini dan kawasan rekreasi sekitarnya kekal cerah, demikian kata Nick Pasculli yang menguruskan komunikasi County of Monterey yang menguruskan litar tersebut. Laguna Seca disayangi oleh peminat tempatan, nasional dan antarabangsa, sambung Pasculli. Ia bukan sekadar litar perlumbaan tapi juga kawasan rekreasi tumpuan ramai.
Walaupun perlumbaan di Laguna Seca bermula seawal tahun 1957, ada pula jiran-jiran baharu litar ini yang tidak berpuasa hati dan memfailkan saman menuduh Laguna Seca sebagai punca pencemaran bunyi, melanggar akta kawasan dan Akta Kualiti Alam Sekitar California. Kenapa beli rumah dekat dengan litar kalau tak nak bunyi bising. Litar lumba kuda pun bising jugak tau.

Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Highway 68 Coalition menyaman County of Monterey selaku operator litar dan Friends of Laguna Seca (FLS) yang dalam meracangan mengambil alih pengurusan dari County of Monterey selepas ini.
Kini kedua pihak sudah berdamai dan sebagai balasan County of Monterey akan membayar kos perbicaraan yang dianggarkan sekitar USD75k. FLS sebenarnya sudah merancang untuk membuat kajian pencemaran bunyi bising sebelum saman difailkan dan kini sesudah semuanya diselesaikan mereka boleh fokus kepada proses pengambila alihan pengurusan litar.