Peranti

SAMSUNG GALAXY S4 – BERMULA RM899!

Hujung minggu lalu, telefon pintar yang ditunggu-tunggu ramai akhirnya tba di pasaran Malaysia. Apa lagi kalau bukan Samsung Galaxy S4. 

Sedia maklum bahawa model yang digantinya, Samsung SIII cukup berjaya di pasaran. Maka, Samsung yakin sejarah itu boleh diulang menerusi produk terbaharunya ini.

Promosi mengenainya juga boleh tahan hebatnya. Sampaikan team Samsung melawat setiap agensi media untuk memperkenalkan Samsung Galaxy S4. Siap ada grup nyanyian acapella. Kelas!

GALAXY S 4 Product Image (11)

Dibawakan ke pasaran Malaysia oleh Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (Samsung Malaysia), SamsungGalaxy S4 direka untuk menghubungkan manusia dan memperkayakan kehidupan seharian mereka.

Demi memberikan tawaran meluas kepada pengguna, Samsung meraikan pengenalan  Samsung Galaxy S4 dengan Samsung Mobile Brand Shops serta syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile.

Dicipta menerusi pemahaman tentang apa yang paling penting dalam kehidupan manusia, Samsung Galaxy S4 dibangunkan untuk memaksimumkan kepuasan mereka.

 Samsung GALAXY S4 Launch. Photo 11

Samsung Galaxy S4 dicipta bagi memperbaiki bagaimana manusia berintegrasi dengan peranti dalam kehidupan harian mereka. Sekali gus menjadikan telefon pintar ini sebagai teman yang sempurna.

“Samsung Galaxy S4 menampilkan teknologi perkakasan terbaik dalam kelasnya. Di samping ciri-ciri perisian yang lahir daripada pandangan pelanggan kami di seluruh dunia,” jelas Pengarah Urusan Samsung Malaysia, Kwon Jae Hoon.

Jadi, apa yang best sangat pasal Samsung Galaxy S4 ni? Di sini saya nyatakan beberapa ciri yang wajib anda tahu dan ada pada peranti idaman ramai ini.

GALAXY S4 Lifestyle Image_Drama Shot

 1.    Rakaman kamera

Kemampuan kamera pada Samsung Galaxy S4 telah ditingkatkan, sekali gus membolehkan anda merakam momen penting dan dikongsikan dengan rakan-rakan serta ahli keluarga. Dilengkapi dengan kamera belakang berkapasiti 13 megapiksel, ia membenarkan pengguna merakam gambar dalam pelbagai cara berbeza.

Ciri Dual Shot membolehkan gambar dirakam secara serentak pada kamera hadapan dan belakang. Maksudnya, ia turut merakam ekspresi orang yang mengambil gambar!

Sementara ciri Drama Shot dan Sound & Shot menjadikan foto yang dirakam semakin hidup dan menarik. Animated Photo pula pasti dapat menyemarakkan kreativiti anda.

GALAXY S4 Lifestyle Image_Group Play

 2.    Mengeratkan hubungan

Samsung Galaxy S4 memahami nilai perhubungan. Jadi, kemampuan untuk terus berhubung pastinya amat penting. Group Play misalnya membolehkan pengguna menikmati muzik, foto, dokumen dan permainan dengan rakan-rakan tanpa memerlukan sambungan Wi-Fi AP atau ‘line’ telefon. Anda boleh berhubung secara langsung bersama yang tersayang untuk berkongsi, bermain, selain sama-sama menghasilkan kandungan dan hiburan dengan pantas.

Dengan ciri Share Music pula, anda boleh memainkan lagu sama di telefon berbeza secara serentak.

GALAXY S4 Lifestyle Image_Smart Pause

3.    Kawalan skrin pintar

Peranti ini cukup pintar untuk mengesan wajah, suara dan pergerakan untuk membolehkan skrin dikawal tanpa perlu menyentuh skrinnya. Ciri Air Gesture membolehkan anda menukar trek lagu yang sedang dimainkan hanya dengan menggerakkan tangan.

Sementara Air View pula membenarkan anda melihat foto dan email dengan cara menggerakkan jari di atas skrin telefon. Lebih menarik lagi, Samsung Smart Pause berupaya mengesan pergerakan mata dan memberhentikan video apabila pengguna mengalihkan pandangannya.

GALAXY S4 Lifestyle Image_Samsung HUB

4.    Menjaga kesihatan dan kualiti hidup

Samsung Galaxy S4 memperkasakan kehidupan menerusi kemas kini maklumat berkaitan kesihatan menggunakan perisian S Health yang baru. Kombinasi alat pengesan yang dibina di dalam peranti ini memantau tahap kesihatan, pengambilan makanan, senaman dan tidur secara sistematik serta automatik.

OK lah, cakap banyak pun tak guna. Anda perlu melihat dan menguji sendiri peranti ini untuk percaya dan kagum dengan keupayaan Samsung Galaxy S4.

Harganya? Anda boleh memiliki Samsung Galaxy S4 pada harga serendah RM899 seunit (U Mobile), bergantung kepada pelan dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang dipilih.

Kalau anda jenis yang tidak suka diikat dengan kontrak, Samsung Galaxy S4 boleh anda miliki pada harga RM2,199 seunit. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.samsung.com/my dan www.facebook.com/samsungmobilemalaysia.

[hr]

Galeri

GALAXY S 4 Product Image (1)GALAXY S 4 Product Image (9)GALAXY S 4 Product Image (10)GALAXY S4 Lifestyle Image_Air GestureGALAXY S4 Lifestyle Image_Dual ShotGALAXY S4 Lifestyle Image_EraserGALAXY S4 Lifestyle Image_Glove FriendlyGALAXY S4 Lifestyle Image_Home SyncGALAXY S4 Lifestyle Image_S View CoverSamsung GALAXY S4 Launch. Photo 1Samsung GALAXY S4 Launch. Photo 4Samsung GALAXY S4 Launch. Photo 5Samsung GALAXY S4 Launch. Photo 7Samsung GALAXY S4 Launch. Photo 12 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button