Artikel Pilihan

JEJAKA INI CUBA MENGISI PETROL UNTUK TESLA MODEL 3 – ABANG DARI PLANET MANA?

Okey, ini menarik tapi bukan kali pertama berlaku. Sebagai peminat dan pembaca Mekanika sudah tentu anda sudah biasa dan tahu tentang kereta-kereta keluaran Tesla walaupun tidak pernah menaikinya. Tesla Model 3 sama seperti model Tesla lain merupakan model berkuasa elektrik sepenuhnya. Itu dah kira macam pengetahuan asas kepada kaki kereta.

Berlainan pula dengan jejaka ini yang telah dirakam kerana ingin mengisi petrol kepada sebuah Tesla Model 3. Berdasarkan nombor pendaftaran, ia rupanya milik sebuah syarikat yang mungkin untuk memberitahu jejaka terbabit serba sedikit mengenai kereta tersebut.

Tapi nak salahkan wakil syarikat pun tak boleh jugak. Siapa tak kenal Tesla kan? Tapi boleh pulak mamat ni menyangka port cas semula itu ialah tempat mengisi petrol.

Sebaik disedari yang port cas semula tersebut bukan ruang untuk mengisi petrol, beliau masuk ke dalam kereta kembali dan membuka bonet kereta. Agak-agak ada tak tempat isian petrol dalam bonet tu? Sekali lagi beliau gagal membuat pusingan untuk mencari tempat mengisi petrol.

Kemudian beliau terlintas untuk membuka bahagian enjin dan tercari-cari di sana. Bayangkan betapa banyak masa terbuang dilakukan  sewaktu ramai individu merakam aksi beliau. Gelak ketawa semakin meriah bagaikan melihat aksi sarkas di pagi raya zaman kecil dahulu.

Tapi pemandu ni memang selamba, boleh dia buat dek sahaja dan masih gagal menyedari apa yang sedang berlaku. Akhir sekali barulah beliau terlintas untuk melakukan apa yang biasa kita lakukan pada zaman serba moden ini. Carian Google. Reaksi beliau selepas itu memang sangat gerek. Nasib baik dah censor.

Adakah adegan ni sudah dirancang terlebih dahulu? Mungkin tidak sebab mamat ni langsung tidak menoleh ke arah kamera. Beliau kekal fokus dan terus mencuba walaupun sentiasa gagal.

Satu sahaja kemungkinan yang agak pasti. Jejaka ini bekerja di pusat jualan kereta dan disuruh mengisi petrol sebagai prank. Biasanya kami menyampah dengan video –video prank ni tapi jika benar adegan ini sebenarnya prank untuk mengenakan mamat ini. Ia sebenarnya amat berjaya dan kreatif.

Tags
Google ads
Back to top button