Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG PERLUMBAAN 24 JAM LE MANS.

Perlumbaan 24 Jam Le Mans merupakan satu perlumbaan yang diadakan di bandar Le Mans, Perancis dengan fokus perlumbaan ialah menghabiskan sebanyak mungkin pusingan litar dalam masa 24 jam. Perlumbaan ini bermula pada tahun 1923 dan ia merupakan perlumbaan paling lama yang pernah diadakan.

Berikut ialah fakta menarik berkenaan dengan perlumbaan 24 jam Le Mans:

1. Perlumbaan edisi tahun 2023 bermula pada jam 9am, 10 Jun 2023 iaitu hari sabtu dan berakhir pada jam 10 pagi keesokan harinya. The Automobile Club de l’Ouest telah menjadi penganjur perlumbaan ini selama 100 tahun dengan perlumbaan dihentikan pada 1939-1949 disebabkan perang dunia

2. Setiap pasukan akan menghantar 3 pemandu, dengan masa pemanduan sekitar 45 minit sehingga 4 jam dalam setiap sesi. Tiada pemandu yang dibenarkan memandu melebihi 14 jam dalam tempoh ini. Selepas 45 minit berlumba, pemandu akan memasuki hentian untuk mengisi bahan api dan menukar pemandu

Ketika ini juga pasukan akan memastikan semua peralatan seperti alat perhubungan, minuman, tayar yang baru, tempat duduk dan lain-lain perkakasan ditukar mengikut keperluan pemandu.

3. Selain nama Le Man, litar ini juga dikenali dengan nama Circuit de la Sarthe atau Circuit des 24 Heures du Mans. Litar ini menggunakan jalan awal biasa sejauh 13.6km dengan beberapa selekoh seperti Dunlop Curve, Esses (3, 4, dan 5), Tertre Rouge (6), Indianapolis (11), Arnage (2), the Porsche Curves (13 sampai17), dan Ford Chicanes (18 ke 21).

Mulsanne Straight merupakan satu laluan lurus menghubungkan bandar Le Mans ke bandar Mulsane. Atas sebab keselamatan laluan lurus ini dipasang dengan penghadang (selekoh 7 dan selekoh 8) bagi mengurangkan kelajuan jentera.

4. Pusingan terpantas semasa ujian masa setakat ini dibuat oleh Kamui Kobayashi pada tahun 2017 dengan menggunakan jentera Toyota TS050 Hybrid. Kobayashi berupaya menghabiskan satu pusingan dalam masa 3 minit dan 15 saat dengan halaju purata mencapai 252km/jam

Semasa pertandingan pula, catatan masa terpantas dibuat oleh Mike Conway juga memandu jentera Toyota TS050 pada tahun 2019 dengan catatan masa 3 minit 17.297 saat

5. Roger Dorchy memegang rekod dengan laju paling tinggi iaitu sekitar 400km/jam di Mulsane Straight pada tahun 1988 dengan menggunakan jentera WM P88. Rekod ini tidak boleh dipadamkan dengan pengenalan 2 chicane pada laluan lurus ini menjadikan halaju maksimum sukar untuk dicapai

6. Tom Kristensen daripada Denmark merupakan pemandu yang paling banyak memenangi Le Mans dengan 6 kejuaraan, 19 podium dan 4 kali memulakan dari petak pertama. Tom merupakan pemandu bagi pasukan Audi, ADT, Bentley, BMW Motorsport dan Joest Racing

7. Pasukan yang paling banyak memenangi Le Mans ialah Porsche dengan 9 kemenangan berturut-turut dari tahun 1979 sehingga tahun 1978. Sepanjang penglibatan Porsche, jenama ini telah memenangi 19 kali perlumbaan dan kali terakhir Porsche menang ialah pada tahun 2017.

8. Kemenangan paling bergaya adalah milik Ford dengan jentera GT40 pada tahun 1966 dengan 3 buah jentera menghabiskan masa perlumbaan pada masa yang hampir sama. Namun keadaan ini memaksa Ken Miles mendapat tempat kedua disebabkan isu teknikaliti dan gagal mendapat Triple Crown

9. Kemenangan paling jauh antara pasukan pertama dan kedua pula ialah pada tahun 1927 dengan pasukan Bentley menyudahkan perlumbaan sejauh 354km di hadapan pasukan kedua iaitu Salmson

10. Dengan berumur 22 tahun dan 4 bulan, Alexander Wurz merupakan pemandu termuda yang memenangi Le Mans pada tahun 1996. Pada ketika itu Wurz memandu bagi pasukan Joest Racing

11. Pasukan yang berlumba akan dibahagikan mengikut ketagori seperti LMH (Le Mans Hypercar), manakala kategori kedua pula ialah Hypercar (LMDh ata GTP). Sesetengah jentera GTP akan dibina oleh firma kejuruteraan seperti Dallara, Multimatic, Ligier, atau Oreca manakala LMH dibina sendiri oleh pasukan tersebut

12. Bagi memenangi perlumbaan, pemandu perlu mengawal penggnaan bahan api, kadar kehausan tayar serta mengawal jentera di hadapan trafik yang sibuk dan pada masa yang sama berlumba sehabis baik. Pemandu juga akan menghabiskan jaraj perjalanan yang lebih banyak berbanding jentera F1 dalam setiap 2 jam

s.

Google ads
Back to top button