Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG TOYOTA GR COROLLA. BAKAL CABAR VW GOLF R?

Model sport terbaru dari Toyota iaitu GR Corolla sudah lama dihidu oleh peminat automotif semenjak dari tahun lepas lagi. Bagi sesiapa yang pernah mencuba cesi terbaru TNGA daripada Toyota, terutama Corolla dan Camry anda akan rasa cesi baru ini sangat tegap dan masih lagi boleh menerima banyak kuasa kuda dengan tenang

Selari dengan visi Toyota yang mahukan imej Toyota adalah berjiwa muda, maka Toyota akan melancarkan model baru dari Corolla iaitu GR Corolla. Jadi kami senaraikan semua maklumat yang kami ada berkenaan model hothatch ini.

1. Semasa pembangunan Yaris, suspensi belakang GR Yaris menggunakan suspensi double wishbone yang diambil daripada model Corolla. GR Corolla akan mengekalkan suspensi ini namun kami yakin talaan spring dan penyerap hentak akan dibuat dengan sedikit berbeza (mungkin lebih keras) berbanding suspensi asal

2. Enjin 3 silinder 1600cc G16E-GTS turbo sama seperti GR Yaris akan terus digunakan. Namun pada GR Corolla ia akan menghasilkan 296 kuasa kuda dan 370Nm tork. Ia menghasilkan 39 kuasa kuda dan 10Nm tork lebih kuat daripada GR Yaris. Kami yakin kuasa ini dinaikkan dengan menggunakan turbo dan boost yang lebih kuat.

3. Sama seperti Yaris, hanya varian 6 kelajuan manual sahaja yang akan ditawarkan bersama sama dengan sistem pacuan semua roda AWD GR Four. Bagi GR Yaris, sistem ini akan menghantar 60% kuasa pada tayar depan dalam mode normal dan 30% kuasa pada tayar depan & 70% kuasa pada tayar belakang dalam mode Sport. Ia turut menawarkan agihan 50:50 depan belakang bagi mode Track

4. Disebabkan enjin, transmisi serta sistem AWD GR Four yang hampir sama digunakan, berat GR Corolla ialah 1340kg berbeza dengan GR Yaris dengan berat 1280kg. Secara perbandingan berat Vw Golf R ialah 1550kg namun dengan enjin yang menghasilkan 316 kuasa kuda. Honda Civic Type R pula adalah seberat 1380kg dengan enjin berkuasa 316 kuasa kuda

5. Dari segi prestasi, pecutan 0-100km/j dibuat dalam masa 5.4 saat (claim figure) sama seperti GY Yaris dan juga Honda Civic Type R yang menggunakan transmisi 6 kelajuan manual. Terdapat beberapa sumber mengatakan bahawa versi automatik akan diperkenalkan dalam masa 2 tahun lagi.

6. Transmisi automatik akan diperkenalkan kerana GR Corolla akan disasarkan pada medium pelanggan yang lebih luas, jadi Toyota mahukan GR Yaris lebih mesra pengguna, lebih mudah diterima oleh pasaran dan bukannya model hardcore perlumbaan seperti GR Yaris

7. Jadi kami merasakan GR Corolla akan dihasilkan dalam kuantiti yang banyak, bukan model terhad 25,000 uni sahaja seperti GR Yaris. Dari aspek perniagaan, GR Yaris sebenarnya tidak membawa keuntungan walaupun semua 25,000 unit telah terjual. Tugas untuk mendapatkan keuntungan ini digalas oleh GR Corolla dan kedua dua model ini akan dihasilkan di Toyota Motomachi Plant.

8. Bagi pasaran Jepun, GR Corolla dianggarkan akan dijual pada harga yang tinggi sedikit, iaitu RM 190,000 berbanding dengan GR Yaris iaitu sekitar RM 150,000

Google ads
Back to top button