
SEJARAH VESPA DARI ITALI. KENANGAN ZAMAN POP YEH YEH
Setiap kali penulis ternampak Vespa, perkara pertama yang bermain dalam kepala ialah penulis mesti merasakan vVespa ini adalah moyang kepada skuter zaman moden. Tapi dari segi rekaan, Vespa masih lagi antara rekaan yang tak lapuk ditelan zaman.
Sejarah Vespa ini dah lama tuan-tuan. Lagi lama sebelum meletusnya zaman pop yeh yeh di Tanah Melayu ni. Di Itali ada seorang mamat yang bernama Enrico Piaggio pada tahun 1940 yang memiliki kilang dalam sektor pembuatan kapal terbang, keretapi, komponen kapal, lori dan juga bas. Ketika awal perang dunia ke dua Piaggio menjadi pembekal utama komponen tentera kepada kerajaan Itali.
Kira taiko besar la mamat ni. Kalau anda nak tau sejarah perang di Itali ini unik. Zaman awal perang Itali ini berpihak pada Jerman tapi pada 1943 dan ke atas Itali berpihak pada tentera bersekutu. Akibatnya Itali kena bom siang malam oleh Jerman dan tentera berikat. Kilang Piaggio pun ranap kena bom sampai tak bersisa. Lepas perang tamat, Itali dikenakan sekatan dalam larangan membina jentera ketenteraan selama 10 tahun

Piaggio pun antara yang terkesan dengan larangan ini. Tapi Piaggio ini antara orang yang pandai melakukan adaptasi. Dia mendapati keadaan jalan di Itali ini dah habis dibom dan infrastruktur semua jahanam. Agak mustahil untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain pada tahun 1945 disebabkan jalan telah rosak teruk dan sisa runtuhan bangunan masih lagi bertaburan.
Memang mustahil untuk bergerak dalam keadaan tersebut. Piaggio tahu untuk memastikan ekonomi Itali bergerak balik pada tahun 1945, rakyat memerlukan satu kaedah pengangkutan yang efektif, murah, mudah untuk dihasilkan dan boleh bergerak dalam keadaan permukaan jalan yang seperti di kawasan Lembah Klang (di Itali, bukan Malaysia)
Semasa perang berlangsung, Piaggio mendapati ada satu pasukan payung terjun tentera Amerika yang mendarat di Itali menggunakan skuter buatan Amerika semasa operasi. Skuter tersebut dibawa masuk dengan menggunakan payung terjun digunakan dengan baik oleh GI untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan juga untuk menyelinap dengan pantas dalam barisan pertahanan musuh.

Tapi disebabkan ia sebuah kenderaan tentera, maka skuter Cushman tersebut sangat la ringkas buatanya. Piggio terfikir alangkah baik jika dia dapat menghasilkan skuter yang sama. Piaggio mengupah seorang jurutera bernama Corradino D’ascanio untuk meniru rekaan skuter milik GI, tapi jadikannya lebih baik, lebih bagus dan lebih lawa. Ia juga mesti cukup lasak untuk melalui jalan di Itali.
Badannya pula mesti melindungi penunggang dari habuk dan batu kerikil. Corradino ini merupakan jurutera aeronatik dan pernah menghasilkan prototaip helikopter DAT3. Jadi tidak hairanlah jika skuter rekaannya terlebih canggih. Selepas meneliti rekaan Corradino ini daripada atas, Piaggio menjerit “Sembra una vespa” menyatakan ia kelihatan seperti seekor tebuan atau dalam bahasa Itali ia disebut Vespa (tebuan).
Berbanding dengan pembuatan kapal terbang, Piaggio mendapati Vespa cukup mudah dan murah untuk dihasilkan dengan modal yang rendah. Menjelang hari raya bulan April 1946, Piaggio telah menyiapkan 2500 unit untuk dijual kepada rakyat Itali. Pada tahun 1947, keuntungan hasil jualan 2500 unit pertama dilaburkan untuk membesarkan kilang. Hasilnya Piaggio berjaya menghasilkan 10,000 unit untuk dijual kepada rakyat.

Vespa ini menjadi sangat popular di kalangan rakyat Itali sehingga mereka mewujudkan satu perkataan baru, Vespare yang membawa maksud berjalan-jalan naik Vespa. Rakyat Itali amat sukakan rekaan Vespa ini. Ia memuatkan 1 penunggang dan satu penumpang. Jika mereka mahu kusyen penumpang belakang boleh digantikan dengan kotak barang
Bahagian depan Vespa dibuat daripada besi untuk melindungi penunggang dan dibelakangnya ada satu ruang simpanan. Sistem suspensi Vespa pula dibuat kukuh untuk keadaan jalan Itali dan tayar bersaiz 200mm membolehkan ruang yang besar untuk kaki.Vespa dikuasakan dengan enjin 98cc 2 lejang dan menggunakan transmisi 3 kelajuan. Enjin Vespa disejukkan dengan bantuan angin yang disedut dengan kipas pada bahagian alaternator.
Bukan setakat itu sahaja, Vespa turut dieksport ke India, Indonesia, Taiwan, Russia, Amerika, United Kingdom dan juga Malaysia. Pelakon Hollywood Audrey Heapburn menggunakan Vespa dalam filem Roman Holiday dan dikatakan 100,000 unit Vespa terjual selepas filem tersebut popular.