Buletin

SELAMAT DATANG PREVE-PIKAP!!!

Satu perkara yang pasti tentang Proton ialah mereka sentiasa menggunakan sumber yang ada untuk membuat eksplorasi model. Lihat sahaja model-model konsep, pikap, SUV dan beberapa model yang pernah dipamerkan dalam pameran mereka sebelum ini. Ia membuktikan mereka memiliki idea dan kepakaran. Soal jadi produksi atau tidak, itu perkara nombor 2.

Proton_Preve_Ute_1

Baru-baru ini tersebar foto Proton Preve versi ‘pikap’ yang jelas memperlihatkan ia sebuah model siap yang diuji di jalanan. Kelihatan juga wajah pengasas Proton, Tun Mahathir Mohamed sedang memandu model tersebut. Maka warga maya pun tertanya-tanya, spesis apakah ini?

Proton_Preve_Ute_2

Kereta berkonsep pikap atau disebut Ute (utiliti) sebenarnya pernah dihasilkan oleh Proton menggunakan kerangka Proton Wira. Proton Arena atau dikenali dengan Jumbuck mendapat sambutan menggalakkan di Austalia kerana trend dan gaya hidup di sana. Sehingga kini pun harga jualan Jumbuck terpakai sangat bagus. Paling murah pun masih sekitar belasan ribu ringgit.

Proton_Preve_Ute_9

Preve versi ute ini adalah model ujian yang dihasilkan oleh Bufori Motor. Syarikat yang diasaskan oleh adik beradik Anthony, George dan Gerry Khouri. Warga Australia-Lubnan ini asalnya memulakan perniagaan mereka di Australia tetapi memindahkan operasi mereka ke Kuala Lumpur pada 1998.

Proton_Preve_Ute_8

Antara ciri menarik yang diubahsuai pada Preve ute ini ialah ketiadaan tombol gear, hanya menggunakan suis pilihan mod pemanduan P, D, R dan suis brek parking elektronik. Bercitarasa tinggi tapi tak ekonomik untuk produksi. Selain itu, ada ruang kecil di belakang kerusi (tiada pada Arena).

Proton_Preve_Ute_7

Jadi, balik ke soalan pokok. Adakah model ini akan masuk produksi?

Bergantung pada sasaran pasaran. Jika pasukan pemasaran Proton melihat sifir jualan Jumbuck Australia, berkemungkinan besar model ini akan masuk produksi. Ia bukan model baru 100%. Menggunakan casis Preve dan enjin CFE sudah pasti menjimatkan banyak modal dan menyasarkan di pasaran yang mereka sudah biasa adalah langkah selamat.

Proton_Preve_Ute_4

Kalau untuk pasaran tempatan memang mustahil untuk dijadikan produksi. KECUALI, mereka dapat homolagasi sesuatu yang lebih baik dari asas ute ini. Seperti kenderaan bantuan kecemasan oleh pihak Bomba, unit bergerak DBKL, Pasukan Gerakan Am, kenderaan paramedik atau bekerjasama dengan agensi-agensi dari sektor pertanian, perniagaan food truck atau sesuatu seperti itu.

Ini pendapat kami lah.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button