Modifikasi

FORD RANGER T6 GT PRO

Buat pertama kalinya dalam sejarah, trak pikap dibuat dengan mengambil kira faktor pemanduan urban sebagai 50 peratus dari R&D binaannya. Ford jenama Amerika Syarikat (AS), R&D trak pikap ini dibuat di Australia sebab semua orang tau pasaran Ute sana sangat besar.

Ford-Ranger-Wildtrak-modified-mekanika (4)

Sejak pengenalannya pada tahun 2012, Ranger ini menjadi fenomena sebab ia sebuah trak yang sangat bagus. Versi Wiltrak 3.2 liter paling besar itu bukan sahaja sedap dibawa sebab bunyinya enjin macam besar.

Memang trak ini lebih sedap daripada  sesetengah SUV yang kononnya premium sangatlah. Tapi bila pandu, lemau. Memang kereta 4WD kena guna enjin turbo diesel. Mana larat nak guna petrol, kecuali enjin yang kompleks macam Volkswagen tu boleh la. Rosak pun senang.

Ford-Ranger-Wildtrak-modified-mekanika (6)

Ford Ranger bukanlah nama baru. Reputasinya bagus, tapi tak lah lasak macam Toyota Hilux. Oleh sebab itu juga Ford perlu pasang semua benda untuk pastikan spesifikasinya paling tinggi. Senang cakap, resepi ni berjaya.

Setakat ini, Ranger paling besar, paling luas dalamannya, paling panjang, paling tinggi dan enjinnya paling kecil 2.2 liter versi biasa. Saya punya versi manual 6 kelajuan XLT memang sangat sedap dibawa kalau bandingkan dengan versi automatik. Ni pendapat saya lah.

Ford-Ranger-Wildtrak-modified-mekanika (7)

Apabila trend ubah suai trak lebih terarah kepada prestasi, banyak pengeluar mula hasilkan produk yang khusus untuk trak. Di negara pengeluar trak terbesar dunia, Thailand bermulanya R&D banyak peralatan daripada kosmetik, hinggalah barang-barang enjin yang lebih kompleks.

Ranger milik Hafis dari Kota Bharu ini menerima pengubahsuaian yang biasa sangat dibuat pada trak hari ini. Maksud sayam dahulu semua takut-takut nak usik enjin talaan diesel moden. Tetapi hackers dah terer, tahu kat poin mana yang boleh disentuh supaya kenderaan sedap dibawa tanpa mengganggu jaminannya. Jenis plug & play, orang Kuala Kangsor cakap.

Ford-Ranger-Wildtrak-modified-mekanika (11)

Enjin Puma 2.2 yang sama keluarga dengan range Rover Evoque dipasang dengan intercooler Kit daripada GT Pro buatan Thailand. Selepas melalui 3 generasi, kemasannya kini sangat cantik.

Set ini datang ikut model kereta, tak payah nak welding sana sini. Buka intercooler lama kemudian pasang sahaja set baru ni. Bersamanya ialah set penapis udara BMC dan juga set lengkap ekzos dari depan sampai ke muffler belakang.

Ford-Ranger-Wildtrak-modified-mekanika (12)

Boost dinaikkan ke 30psi. Tapi nak dapatkan talaan yang tepat ECU asal kena tipu lah dulu. Satu unit komputer piggyback Unichip Stage 3 dipasang dan ditala dengan betul untuk membolehkan lengkok kuasa diseimbangkan enjin.

Salah satu sebab utamanya, transmisi Rangeri ni masih lagi kekal dengan gear automatik 6 kelajuan. Penala yang pandai biasanya mampu membuang lag di antara rpm rendah yang selalunya jadi halangan bagi enjin turbo jenis VNT moden.

Ford-Ranger-Wildtrak-modified-mekanika (3)

Dari segi kosmetik pula, Ranger ini dipasang dengan muka depan jenis karbon. Kalau di Malaysia benda ini nampak aneh, tapi di Thailand banyak produk ini dihasilkan. Hud, fender dan spoiler belakang buatan Monza jenis karbon mengurangkan berat trak pikap ini.

Kalau nak lagi cantik, saya rasa masukkan fender arch GT Pro pun mari juga. Mungkin owner nak tunggu keluar yang versi karbon agaknya.

Ford-Ranger-Wildtrak-modified-mekanika (8)

Rim acah-acah TE37 20 inci ni dibuat oleh kilang Cosmis bersaiz 20X 9.5 inci depan dan 20 X 10.5 belakang. Rim itu dibalut dengan tayar Raleigh bersaiz 265/50r20. Kalau anda biasa dengan saiz 20 inci di Thailand, pilihan tayarnya sangat banyak dan harganya jauh murahlah kalau banding di Malaysia.

Malaysia ni apa benda yang  murah? Saya rasa sampai satu tahap nanti nak tukar bateri kereta pun kita kena beli yang 2nd hand di kedai potong. Kalau tengok pada sektor automotif, lepas GST ni harga barang makin mengarut, walaupun sebelum ni memang dah jenis boleh mencarut.

Ford-Ranger-Wildtrak-modified-mekanika (2)

Habis nak harap sapa lagi? Maselan? Menteri di Malaysia ni mungkin lahir dari rancangan kartun agaknya. Mungkin saya kena pindah Barbados tak lama lagi.

Google ads
Back to top button