Artikel PilihanBuletin

SELAMAT DATANG TOYOTA SUPRA TRD!

SHARE

Toyota Racing Development (TRD) Jepun secara rasminya telah memperkenalkan GR Supra Performance Line Concept TRD. Seperti yang dipersembahkan semasa fotO acahan minggu lalu, Supra TRD Concept baru secara rasmi diumumkan semalam di laman web TRD Jepun.

Supra TRD Concept baru memberikan pemilik Supra A90 potensi yang jelas tentang bagaimana mereka dapat menaik taraf kenderaan mereka dengan kit yang ditawarkan oleh TRD.

Tiada peningkatan di bahagian penjana enjin. Pengenalan kit awal ini terdiri daripada potensi aerodinamik dan kosmetik.

Di bahagian hadapan, versi TRD dari generasi kelima Supra ini dipadankan dengan spoiler hadapan dengan sirip besar untuk meningkatkan downforce dan mengurangkan daya angkat semasa halajua tinggi.

Begitu juga dengan bahagian sisi, dengan pusat graviti diturunkan oleh kedudukan rendah skirt sisi. Panel luaran pada pintu itu bukan semata-mata untuk kosmetik sebaliknya direkabentuk untuk mengurangkan pergolakan aliran udara dan memastikan aliran udara yang lebih lancar ke bahagian hujung belakang.

Di belakang, spat tambahan ditambah untuk mengukuhkan kestabilan pada coupe pacuan roda belakang ini. Spoiler pembias udara belakang juga merupakan peralatan akhir yang dilengkapi untuk mengekalkan pretasi aerodinamik keseluruhan.

Akhir sekali, Toyota GR Supra Performance Line Concept TRD dilengkapi dengan set roda aluminium 19 inci yang didatangakn dengan rekaan mesh

Daripada sumber laman web TRD juga, tiada catatan mengenai peningkatan terhadap sistem suspensi dan brek, tetapi terdapat “notis” bahagian bawah halaman TRD Jepun yang mengatakan “To Be Continued” yang mungkin bermakna ada lagi yang dihasilkan pada masa akan datang untuk Supra TRD.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button