Buletin

SELAMAT JALAN TT RS, AUDI LANCAR VERSI HERITAGE EDITION DI US

Tahun 2022 merupakan tahun terakhir bagi warga Amerika Syarikat untuk mendapatkan model kereta sports Audi TT generasi ketiga.

Sebagai tanda perpisahan, Audi Amerika Syarikat telah melancarkan Audi TT RS Heritage Edition 2022 dengan harga jualan bermula dari $81,450 (RM343,108), sedikit mahal berbanding model standard ($73,200).

Antara ciri yang dimuatkan termasuklah rim bersaiz 20 inci rekaan lima jejari, kemasan anthracite dua warna, kemasan aluminium pada perumah cermin sisi, sistem ekzos sport dengan tip oval hitam, dan ketiadaan sayap belakang.

Sementara ruang kabin pula mendapat kemasan logo RS pada alas lantai, dan balutan Alcantara pada roda stereng dan tombol gear.

Selain daripada itu, terdapat juga logo Heritage Edition pada tingkap suku belakang sebelah penumpang dengan angka turutan pembakaran enjin lima silinder sebaris “1-2-4-5-3” dan emblem Quattro.

Sebanyak 50 unit sahaja yang akan muncul di pasaran US, dan setiap 10 model akan didatangkan dalam kombinasi warna berikut:
Alpine White, kemasan kulit Ocean Blue, jahitan Diamond Silver
Helios Blue metallic, kemasan kulit Diamond Silver, jahitan Ocean Blue
Stone Gray Metallic, kemasan kulit Crimson Red, jahitan Jet Gray
Tizian Red Metallic, kemasan kulit Havanna Brown, jahitan Jet Gray
Malachite Green Metallic, kemasan kulit Cognac Brown, jahitan Black

Google ads
Back to top button