Artikel Pilihan

BAHAN-BAHAN BAHAYA YANG TAK SEPATUTNYA DISIMPAN DALAM KENDERAAN

Mungkin disebabkan tugas atau kecemasan atau keperluan semasa anda perlu membawa bahan-bahan yang nampak macam biasa tapi sebenarnya bahaya kalau disimpan lama dalam kereta. Sebenarnya barangan yang kami senaraikan ini kalau dibawa sekejap sahaja mungkin risiko berlakunya kemalangan adalah rendah.

Masalah yang berlaku ialah anda lupa untuk mengeluarkan barangan tadi dari dalam kereta sehingga ia boleh mendatangkan bahaya. Antara barangan tersebut ialah:

jerry can

1. Petrol yang disimpan dalam botol – ya mungkin kita tiada niat nak simpan petrol tersebut sebab biasanya petrol tadi dibeli untuk kecemasan untuk dituangkan dalam tangki kereta atau motosikal yang kehabisan minyak. Masalah berlaku bila kita tak tuang petrol dalam tangki sehabisnya dan simpan botol dalam bonet

Botol yang digunakan biasanya botol air mineral atau botol minyak pelincir yang sebenarnya tidak selamat untuk menyimpan petrol. Cara yang betul ialah anda membeli “jerry can” yang ada dijual di stesen minyak bagi membeli petrol untuk kereta atau motosikal yang kehabisan petrol.

Sumber gambar Straits Times-2016

2. Bateri power bank – ya power bank yang anda guna untuk mengecas semula telefon pintar anda sebenarnya dikategorikan sebagai bahan mudah terbakar. Ini kerana logam ion lithium yang digunakan sabagai bahan utama bateri mudah terbakar apabila panas.

Salah satu sebab ialah cuaca yang panas juga boleh mencetuskan kebakaran. Sebaiknya anda perlu mengeluarkan power bank sebaik sahaja sampai di destinasi.

3. Perfume – atau minyak wangi dihasilkan dengan campuran ethanol dan juga asid karboksilik. Seperti yang anda sedia maklum ethanol ini sifatnya beracun dan mudah terbakar. Apa yang terjadi ialah penulis lupa untuk mengeluarkan perfume ini ketika pada hari yang panas terik.

Apabila dikeluarkan, botol minyak wangi tadi sudah pun panas (nasib baik tidak meletup) manakala minyak wangi tadi rosak disebabkan haba yang terkumpul merosakkan ikatan kimia minyak wangi.

4. Hand Satanizer – ataupun pencuci tangan yang popular menjelang awal tahun 2020 disebabkan wabak COVID-19. Sama seperti minyak wangi, pembersih tangan dihasilkan daripada ethanol sebagai agen untuk membasmi kuman dan virus

Disebabkan kandungan ethanol dalam pembersih tangan ini boleh mencapai sehingga 60% maka kebarangkaliannya untuk terbakar adalah tinggi. Sebaiknya jangan tinggalkan pembasmi tangan dalam kereta pada hari panas.

5. Bahan Aerosol – seperti deodoran, penyembur lipas, cat yang dijual dalam tin atau apa sahaja produk kimia yang dijual dalam tin dan digunakan dengan menyemburnya adalah bahaya untuk disimpan dalam kereta. Ini kerana bahan ini dipaksa bertukar kepada cecair dalam tekanan tinggi di dalam tin

Sebarang perubahan suhu akan menyebabkan tin dan bahan ini menyerap haba dari persekitaran dan cecair tadi mengembang dan berisiko untuk berlakunya letupan dan kebakaran. Contoh yang lain ialah pemetik api yang digunakan untuk menghidupkan rokok.

Ya ini antara beberapa barangan yang nampak biasa tapi sebenarnya sangat bahaya jika anda tertinggal di dalam kereta atau kenderaan terutama pada hari panas. Cuaca panas akan menyebabkan bahan ini mudah meletup dan mencetuskan kebakaran di dalam kereta.

Cuba semak label barangan yang anda beli

Google ads
Back to top button