Artikel PilihanBuletin

SELAMAT JALAN XC90 DAN SELAMAT DATANG ‘EMBLA’

Khabar angin menyatakan yang Volvo bakal menjenamakan semula kereta-kereta keluaran mereka bagi menggantikan nama-nama sebelum ini yang menggabungkan abjad Inggeris dan nombor. Malah sebaik sahaja model-model EV mereka bakal memasuki pasaran, kenderaan keluaran mereka akan dinamakan bermula dengan huruf-huruf vocal.

Demikian menurut Hakan Samuelson, CEO Volvo. Model pertama bakal mendapat nama baharu ialah XC90 yang juga didakwa bakal ditabalkan sebagai SUV paling selamat di dunia.

XC90 generasi pertama merupakan satu percubaan berani Volvo dalam menghasilkan sebuah SUV terbaik dan mereka berjaya melakukannya dengan cukup bergaya. Ia mungkin bukan sebuah kenderaan SUV dengan kemampuan off-road seperti Range Rover ataupun Mercedes G-Wagon tetapi ia tetap mempunyai karismanya yang tersendiri.

Ramai yang mula meneka nama-nama yang bakal digunakan. Adakah ia akan menggunakan nama-nama haiwan seperti peringkat awal Perodua satu masa dahulu? Nama yang paling pasti untuk XC90 setakat ini ialah Embla dan bakal diperkenalkan Oktober tahun depan.

Volvo XC90 EV akan diproduksikan di Ridgeville Factory, South Carolina. Ia juga bakal menjadi SUV pertama yang akan dihasilkan dalam platform EV. Embla mempunyai maksud Hawa ataupun wanita pertama dalam mitos Nordic. Alah, macam kita Adam dan Hawa.

Volvo telah melancarkan model konsep Recharge pada musim panas baru-baru ini. Model produksi sebenar dijangka turut dilengkapi dengan tempat duduk baris ketiga dengan konfigurasi 7-tempat duduk. Ia bakal membezakan Embla dan Polestar 3 yang akna dihasilkan dengan teknologi yang sama. Sebelum ini Polestar 2 dihasilkan di Taizhou, China.

Pada awal 2017, Volvo meperkenalkan strategi elektrifikasi secara komprehensif. Berdasarkan strategi ini, semua model baharu mereka bakal dilengkapi dengan kuasa elektrik bermula 2019.

Malah Volvo juga berjanji untuk menyiapkan sejuta unit kenderaan EV menjelang 2025 dan kenderaan EV juga bakal menyumbang 50 peratus kepada hasil jualan mereka di seluruh dunia.

BACA: FAIL VOLVO DICEROBOH, DATA R&D KENA CURI!

Google ads
Back to top button