
SELAMAT KE KALAU KERETA KENA SAMBAR DENGAN KILAT WAKTU MEMANDU?
Kilat adalah salah satu fenomena alam yang disebabkan oleh proses discaj elektrostatik di atmosfera. Dalam keadaaan ini, sesetengah kawasan atmosfera dan daratan telah menghasilkan caj positif dan negatif, berlaku secara spontan kilat bagi meneutralkan caj yang telah terhasil.
Secara purata sewaktu kilat menyambar permukaan bumi, ia akan menghasilkan sekitar 10 Gigawatt tenaga elektrik, 30 juta volts dan 30,000 Ampere. Salah satu salah faham yang telah disebarkan dan popular ialah anda akan selamat jika berada dalam kereta jika kilat menyambar disebabkan kereta dipasang dengan tayar getah bersifat sebagai penebat
Dengan jumlah tenaga yang tinggi, kilat mampu meningkatkan suhu udara di sekelilingnya sewaktu bergerak dari awan ke daratan dalam beberapa ribu darjah Celcius. Malah udara sebenarnya adalah penebat semulajadi pun gagal menghalang kilat daripada sampai ke permukaan bumi
Jadi bagaimana getah tayar yang hanya memiliki ketebalan beberapa milimeter mampu menghalang kilat? Walaubagaimanapun pemandu dan penumpang adalah selamat daripada kilat sekiranya kilat menyambar kereta disebabkan Faraday Shield Effect.
Kebanyakan kereta dihasilkan daripada kepingan keluli dan logam adalah bersifat konduktif iaitu membenarkan arus elektrik mengalir dengan mudah dan terus ke permukaan bumi melalui satu proses yang dinamakan sebagai pembumian atau Earthing sewaktu disambar dengan kilat.
Fenomena ini dipanggil sebagai Faraday Shield Effect, satu bekas yang bersifat konduktif berupaya menghalang caj elektrostatik dan elektromagnet daripada luar. Apabila kabin kereta menerima caj elektrik daripda kilat, ia akan menghantar semua arus elektrik melalui cesi atau platform terus ke permukaan bumi dan menjadikan penumpang dan pemandu selamat
Kereta yang dihasilkan daripada logam dan keluli adalah selamat melainkan terdapat beberapa komponen yang dihasilkan bukan daripada bahan logam yang mengalirkan arus elektrik dengan baik. Contoh yang lain termasuklah kereta cabriolet (dengan bumbung dihasilkan daripada kanvas) yang bersifat sebagai penebat elektrik.
Namun kalau sudah sampai ajal, anda tetap akan mati juga sekiranya disambar oleh kilat secara terus. Jadi langkah yang terbaik ialah ketika berlakunya ribut kilat adalah dengan berteduh di kaawasan kediaman atau kawasan tertutup dan meneruskan perjalanan apabila keadaan menjadi selamat.



