Artikel Pilihan

SENARAI BANTUAN BAIK PULIH KENDERAAN YANG ROSAK AKIBAT BANJIR.

Banjir merupakan fenomena alam yang sukar diramal dan dengan kerosakan bumi serta kemusnahan alam sekitar akibat perbuatan manusia, kita akan melihat bahawa kejadian banjir akan berlaku dengan kerap saban tahun. Awal tahun pun banjir, hujung tahun pun banjir walaupun tiada hujan yang turun.

Berikutan dengan kejadian banjir yang menimpa negeri Selangor, Melaka, Negeri Sembilan serta Pahang baru-baru ini maka tidak hairanlah banyak kereta yang rosak. Sesetengah pakar menganggarkan bahawa sehingga 50,000 unit kenderaan rosak dan kekal rosak kerana pemilik tidak mampu membaik pulih kenderaan mereka disebabkan tidak melanggan takaful perlindungan bencana alam

Kami senaraikan semua bantuan, tawaran dan promosi yang disediakan oleh syarikat automotif di Malaysia kepada rakyat Malaysia bagi meringankan beban mangsa banjir yang berlaku. Antaranya ialah:

1. Perodua – menyediakan bantuan elaun banjir sebanyak RM 1000 bagi pemilik Perodua yang melanggan Perodua Total Protect Plus, menuntut bayaran khidmat tunda RM 100, dan potongan 20% untuk alat ganti terpilih (elektronik, gasket, tempat duduk, pintu, karpet)

2. BMW – merangkumi jenama BMW, Mini Cooper, dan BMW Motorrad akan diberikan rebat penundaan kenderaan sebanyak RM 300 bagi semua jenis kenderaan serta diskaun 20% bagi alat ganti yang terpilih.

3. Volkswagen – menawarkan potongan 30% bagi alat ganti dan juga kos upah pembaikan. Bagi meringankan lagi bebanan pemilik kenderaan, pelanggan boleh membuat bayaran ansuran 6-12 bulan bagi kos pembaikan dengan tawaran 0% kadar faedah.

4. Toyota – UMW Toyota akan memberikan tawaran diskaun sebanyak 25% bagi keseluruhan bil pembaikan yang merangkumi alat ganti dan juga kos buruh. Malah Toyota juga menawarkan kos penundaan percuma serta penilaian kerosakan secara percuma bagi kenderaan Toyota. Pelanggan juga boleh menarik nafas lega kerana mereka boleh membayar secara ansuran dengan 0% kadar faedah.

5. Hino – jenama kenderaan komersial menawarkan rebat penundaan kenderaan sebanyak RM 500 dan diskaun sebanyak 50% bagi alat ganti yang diperlukan untuk membaik pulih semua kenderaan yang rosak dan 20% diskaun atas upah baik pulih. Sekiranya perlu, mereka akan ke tempat pelanggan bagi menjalankan kerja baik pulih.

6. Proton – mereka menawarkan diskaun 20% bagi alat ganti dan 20% bagi kos buruh dalam usaha baik pulih kenderaan jenama Proton. Bukan itu sahaja, Proton akan menanggung kos penundaan sebanyak RM 200 dan kos pembersihan kenderaan sebanyak RM 100.

7. Honda – bagi pelanggan HIP (Honda Insurance Plus) mereka akan menerima bantuan khas banjir RM 1500, pemeriksaan dan penundaan percuma ke pusat servis Honda terdekat. Honda juga menawarkan potongan 25% atas alat ganti tulen

8. Mitsubishi Malaysia – pelanggan jenama Mitsubishi ditawarkan khidmat penundaan kenderaan ke pusat servis secara percuma, 30% diskaun untuk alat ganti original dan juga 50% potongan atas kos buruh dalam usaha meringankan beban pemilik kenderaan Mitsubishi

9. Nissan – pula memberikan bantuan dengan menawarkan 20% potongan atas alat ganti dan juga kos buruh. Kos restorasi bahagian dalaman kereta pula ditetapkan pada RM 1655 bagi model sedan dan RM 1988 bagi SUV, trak 4×4 dan MPV. Malah Nissan turut berbesar hati dengan memberikan kaedah bayaran ansuran selama 12 bulan bagi meringankan beban mangsa banjir

10. Modenas – jenama motosikal nasional ini turut membantu dengan memberikan bantuan melalui Kempen Servis Prihatin Modenas. Ia akan menawarkan koc buruh percuma untuk pembaikan, pemeriksaan, dan juga pencucian. Alat ganti original akan ditawarkan diskaun 25% (kapcai, sport tourer), 15% alat ganti skuter dan 70% diskaun untuk alat ganti

11. Mercedes Benz – jenama mewah ini turut prihatin dengan menawarkan potongan 30% atas semua kos pembaikan, pemeriksaan pecuma, penundaan percuma serta tawaran bayaran ansuran selama 12 bulan

Bagi jenama lain seperti Suzuki dan juga Subaru, mereka menawarkan potongan pada alat ganti original sebanyak 10%. Yamaha pula akan mengadakan kempen servis pecuma yang meliputi penukaran minyak enjin, minyak gear, penapis minyak, penapis angin serta palam pencucuh.

Google ads
Back to top button