
WULING MAHU HASILKAN HONGGUANG MINI EV CABRIOLET
Pengeluar kenderaan dari China, Wuling dilapor akan menghasilkan Wuling Hongguang Mini EV Cabriolet.
Sedia maklum bahawa model mikro Wuling Hongguang Mini EV sangat popular di China. Ini menyebabkan Wuling mendedahkan versi cabrio pada acara Shanghai Auto Show baru-baru ini.
Memang ramai yang skeptikal sama ada model tersebut akan tiba di saluran pengeluaran. Ini kerana cabrio tidak popular di China kerana harganya yang mahal dan pencemaran udara. Jadi, pengguna lebih sukakan kenderaan biasa sahaja.

Namun, sentimen itu tidak menghalang Wuling untuk menjadikan Hongguang Mini EV Cabriolet satu kenyataan.
Biarpun berkongsi sebahagian besar rekaan Mini EV, pasukan pereka bentuk nyata berjaya membuatkan versi cabrio nampak lebih mewah. Bahagian hadapan diserlahkan dengan rekaan lampu utama yang agresif dan bampar direka semula.
Logo Wuling berwarna perak digantikan dengan warna merah. Biasanya, logo berwarna merah itu digunakan untuk van dan trak ringan Wuling.

Profail sisi masih berkotak, tetapi dibuat lebih sporty dengan warna dua tona pada bahagian tiang A. Harap-harap tiang A itu cukup kuat kalau berlaku sebarang kemalangan. Lampu belakang juga direka semula agar kelihatan lebih garang berbanding Mini EV biasa.
Wuling dijangka menawarkan versi cabriolet ini dengan motor 30kW, tetapi jarak perjalanan tidak dinyatakan. Harga dan imej ruang kabin juga belum didedahkan. Adalah model cabrio ini akan berjaya seperti model kembarnya, Mini EV? Sama-sama kita tunggu dan lihat. Â