Buletin

SHELL BEKALKAN MINYAK UNTUK BMW GROUP

Shell baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh BMW AG sebagai pembekal minyak enjin aftermarket untuk model BMW, BMW i, BMW M, MINI dan BMW Motorrad. 

bmw-logo-mekanika

Bermula tahun depan, minyak enjin premium yang dihasilkan oleh Shell boleh didapati di rangkaian BMW Group. Ini melibatkan lebih 3,500 pengedar di 140 buah negara seperti China, Jerman, Rusia, Afrika Selatan, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kerjasama ini bermakna Shell bertanggungjawab menghasil dan membekalkan minyak enjin dengan jenama BMW. Produk-produk ini akan memenuhi spesifikasi terkini enjin BMW dan didasari oleh Teknologi Shell PurePlus.

Shell-PurePlus-Technology-mekanika

Teknologi Shell PurePlus merupakan satu kejayaan cemerlang bagaimana minyak enjin diformulasi. Ia melibatkan proses gas kepada cecair (GTL) yang dibangunkan hasil penyelidikan selama 40 tahun.

“Kami sangat berbesar hati kerana telah dipilih menjadi pembekal minyak enjin aftermarket kepada BMW Group. Ini sememangnya satu pengiktirafan terhadap teknologi dan kepakaran Shell daripada satu pengeluar kenderaan dan motosikal premium di dunia,” kata Naib Presiden Eksekutif Shell Lubricants, Mark Gainsborough.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button