Modifikasi

TOYOTA CAMRY SLEEPER

Dalam istilah perlumbaan drag, “sleeper” bermaksud sebuah kereta yang kelihatan langsung tidak berbahaya. Tetapi mampu membuatkan sesiapa pun ternganga apabila pintu  atau badannya dibuka.

Toyota-Camry-Sleeper-mekanika (2)

Inilah dilakukan ke atas sebuah Toyota Camry yang mengambil bahagian dalam pameran modifikasi terbesar di Amerika Syarikat atau lebih dikenali sebagai Specialty Equipment Market Association (SEMA).

Para pengunjung nyata terkejut apabila bahagian bawah Camry ini dilengkapi enjin berkuasa 850hp! Sebaik sahaja enjinnya dihidupkan, bunyinya bergema di segenap ruang pameran.

Toyota-Camry-Sleeper-mekanika (4)

“Ini merupakan kenderaan yang paling ekstrem pernah kami pamerkan dalam acara SEMA. Transformasi ini dilakukan oleh Chuck Wade dan pasukannya daripada Motorsports Technical Center,” kata Pengurus Pemasaran dan Sukan Bermotor Kebangsaan Toyota, Steve Appelbaum.

Toyota-Camry-Sleeper-mekanika (6)

Mereka telah mengeluarkan badan asal Camry tahun 2015 dan memasang chasis kerangka tiub sepenuhnya. Jentera itu kemudian dipasang dengan enjin yang biasanya digunakan pada trak pikap Toyota Tundra.

Toyota-Camry-Sleeper-mekanika (7)

Enjin 3UR-FE V8 bersesaran 5.7 liter itu kemudian dipadankan dengan transmisi, gandar belakang dan sistem elektronik daripada model trak pikap yang sama. Mungkin rasa tidak cukup berkuasa, enjin tersebut dilengkapi pula dengan sebuah unit supercharger  TRD bersama sistem nitrous basah.

Kuasa tersebut kemudian dialihkan ke jalan rasa menerusi tayar yang khusus untuk perlumbaan drag, Goodyear DOT 335/30/18.

Toyota-Camry-Sleeper-mekanika (1)

Walaupun sebuah jentera drag, pintunya masih boeleh berfungsi seperti biasa. Malah ruang kabinnya turut menjalani proses fabrikasi custom. Percaya atau tidak, semua kerja ubah suai ini disiapkan dalam tempoh 11 minggu sahaja.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button